Kurik Kundi Merah Saga | Pakai tarbus orang Jerman, Pakaian lama menjadi kain; Barang yang lepas mintaklah kenan, Dalam kenan hak orang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal Inggeris kapten Jerman, Teluk meneluk di Negeri Jawa; Putih kuning merubah iman, Hitam manis merubah nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal api kapitan Jerman, Teluk meneluk di Pulau Jawa; Hitam manis perubuh budiman, Putihlah kuning pembalut nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal terbang masuk Perlis, Kalah berperang negeri Jerman; Bunga kembang ambil tak boleh, Ada kumbang di dalam taman. |