Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jerman

Puisi
 

Kapal Inggeris kapten Jerman,
     Teluk meneluk di Negeri Jawa;
Putih kuning merubah iman,
     Hitam manis merubah nyawa.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Nazismfahaman NaziSains PolitikHubungan AntarabangsaDoktrin dan polisi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933 hingga 1945. Anggota parti ini dikenali dengan nama singkatan Nazi. Menurut dogma Nazi, manusia boleh diklasifikasikan secara saintifik kepada kaum yang superior dan inferior. Kaum yang teratas sekali ialah Nordik atau Jerman, iaitu jenis kaum Aryan, manakala kulit hitam dan Yahudi ialah kaum yang paling rendah martabatnya. Golongan Nazi telah menuduh orang Yahudi menghalang pembentukan bangsa tuan dalam kalangan kaum Aryan. Mereka menuduh orang Yahudi Jerman telah berpaling tadah terhadap Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, golongan Nazi telah memaksa dogma dan sistem mereka ke atas Eropah. Berjuta-juta orang Yahudi, Rusia dan Poland telah dibunuh dan dijadikan buruh paksaan. Walau bagaimanapun, kekalahan dan kejatuhan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan Eropah daripada kekejaman Nazi dan fahaman Nazi telah diharamkan di negara Jerman pada masa tersebut.
German formal gardentaman formal JermanLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mempunyai gaya dan ciri reka bentuk di negara Jerman. Taman ini biasanya dipenuhi dengan tumbuhan berwarna-warni seperti bunga mawar dan berbentuk geometri.
waltsterbenwaltsterbenBiologiPatologiPerkataan Jerman yang digunakan untuk menghuraikan pemerosotan pertumbuhan tumbuhan di Eropah tengah (terutamanya di Jerman) akibat pencemaran udara, misalnya hujan asid.
ChorakoralMuzikTiadaHim dalam upacara gereja Protestan Jerman. Martin Luther (1483-1546) telah membentuk semula pertubuhan gereja Protestan Jerman. Beliau telah memperkenalkan him dalam upacara di gereja dan telah banyak menulis teks dan melodi koral. Contoh koral Martin Luther ialah Ein' feste Burg ist unser Gott.
allemande (F)alemandeKesenianTiada1. Tarian Jerman yang bertanda masa 4 merupakan bahagian pertama dalam gubahan suit klasik.,2. Tarian petani di Jerman yang bertanda masa 3 bentuk waltz.
activismaktivismeSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional.
anti-Cominternanti-CominternSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan antara Jerman dengan Jepun yang dimeterai pada tahun 1936 untuk tempoh lima tahun bagi kerjasama menentang kegiatan Comintern. Pakatan ini terus berkembang dengan penyertaan Itali pada tahun 1937. Pada tahun 1939, Hungary dan Sepanyol turut menyertainya. Pakatan ini terbantut perkembangannya apabila Jerman dan Rusia menandatangani persetujuan untuk tidak menceroboh antara satu sama lain pada 28 September 1939. Namun demikian, pakatan ini kembali kukuh melalui persetujuan tiga negara, iaitu Jepun, Itali dan Jerman pada 27 September 1940. Persetujuan tiga negara ini berpaksikan penentangan terhadap Amerika Syarikat. Pakatan ini dilanjutkan tempohnya, iaitu lima tahun melalui persetujuan bersama di Berlin pada 25 November 1941. Keanggotaannya juga berkembang dengan penyertaan Bulgaria, Romania, Denmark dan Finland. Sinonim anti-Komunis Antarabangsa.
transcendantalismtransendentalismeKesusasteraanTiadaPergerakan falsafah dan sastera idealis yang bermula di bawah pengaruh pergerakan Romantik Jerman dan Inggeris. Transendentalisme ini memerikan suasana pemikiran dan rasa hati manusia berdasarkan prinsip pengetahuan intuitif ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804), dan seperti yang diungkapkan oleh goethe, Carlyle, dan Coleridge. Gerakan ini menekankan dimensi rohani dan mistik pada diri manusia serta kewujudan dimensi alam yang melewati alam pancaindera. Secara lebih khusus, golongan transendentalis merupakan reformis sosial, penulis dan pemikir Amerika pada awal abad ke-19. Golongan ini bersama-sama membangunkan falsafah yang bersifat tidak konformis (non-conformist) dan individualistik, dengan menolak agama berstruktur atau formal. Mereka meraikan unsur ketuhanan dalam diri setiap manusia, dengan mempercayai bahawa kesedaran dalaman atau rohani manusia adalah bersifat ketuhanan. Persis kaum panteis, bagi mereka tuhan hadir secara pasti (imminent) dalam alam dan diri manusia. Jiwa hadir dalam segala benda, dan deria fizikal harus diatasi menerusi kebenaran intuisi seseorang. Penulis utama golongan transendentalis ialah Ralph Waldo Emerson yang menulis esei bertajuk Nature. Beliau mengetengahkan fenomena semula jadi sebagai simbol kebenaran kerohanian yang lebih tinggi. Selain itu, esei Henry David Thoreau yang bertajuk The Transcendentalist (1842) merupakan esei yang bersifat autobiografi, menentang materialisme moden. Pada dasarnya, transendentalisme merupakan pergerakan agama pemikiran, kursusnya yang berkait dengan epistemologi dan amalan kehidupan seni dan budaya. Kaedah mentafsir alam secara simbolik bagi golongan transendentalis mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap kesusasteraan semasa Amerika, terutamanya dalam karya pengarang seperti Nathaniel Hawthorne, Herman Melville, dan Walt Whitman. Transendentalisme dalam bahasa Latin bermaksud �memanjat� atau �melintasi�.
anti-Semitismfahaman anti-YahudiSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang bermula di Jerman pada tahun 1880 yang menentang pengaruh Yahudi dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Di negara yang berfahaman ini, bangsa Yahudi sering dijadikan sasaran kebencian kerana prasangka agama, etnik dan psikologi. Kaum Yahudi didiskriminasikan dalam pelbagai bidang. Gerakan anti- Yahudi ini mencapai kemuncaknya di Eropah khususnya di Jerman pada akhir abad ke-19 apabila pihak Nazi pimpinan Hitler mengambil alih kepimpinan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg dilaksanakan yang melarang perkahwinan antara orang Yahudi dengan orang Jerman. Kemudian pada tahun 1945, seramai lima juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust. Sinonim anti-Semitisme.
new objectivity/neue sachlichkeitobjektiviti baruKesenianSeni BinaPendekatan seni termasuk sastera, muzik dan seni bina yang mencirikan sikap kehidupan awam di Weimar, Jerman. Pendekatan ini mempunyai matlamat ke arah kewujudan dunia yang bersifat perniagaan, dan difahami oleh masyarakat Jerman sebagai �The Neue Sachlichkeit� yang berpaksikan Amerikanisme. Antara ciri penting dalam budaya masyarakat ini ialah memberikan penekanan kepada fakta dan fungsi, bersifat berhati-hati, profesional dan melakukan kerja yang bermanfaat.
12345678910...

Kembali ke atas