Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (country), (negara) Jordan; 2. (river) sungai Jordan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jordan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya mengenai penulisan matawang. Adakah salah jika ditulis MYR100 ? Dan perlu ditulis RM100. Contoh, matawang Jordan iaitu Jordan Dinar. Kod antarabangsa bagi Jordan Dinar ialah JOD. Tapi penggunaan yang tidak official boleh juga digunakan dengan simbol JD. Adakah salah jika ditulis JOD100 dalam surat-surat rasmi atau kertas kerja? Terima kasih.Ejaan yang paling tepat ialah RM100 dan JOD100, iaitu menggunakan bentuk penulisan rasmi.Ejaan05.05.2017
Salam hormat. Saya Muhaimin Hamzah mewakili Kelab Penulisan Irbid (KPI), Jordan ingin meminta khidmat nasihat daripada pihak DBP berkaitan kerja-kerja penterjemahan karya. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami ingin menterjemah karya Ali Majod bertajuk 'The Pencil', yang pernah dijadikan silibus sastera Inggeris KBSM satu masa dulu, ke bahasa Arab. Ini adalah kerana kami melihat, garapan yang ringkas tetapi memukau oleh penulis (dan penterjemah bahasa Inggeris) mampu mengetengahkan persoalan yang penting: fasal menjatuhkan hukuman. Projek ini adalah usahasama dengan 'Malaysian Arabian Cultural Society' (MACS) yang bertekad membina jambatan budaya antara dua bangsa. Maka di sini ada beberapa persoalan: 1. Apakah prosedur sebenar untuk hak-hak legal dalam penterjemahan? 2. Adakah kami perlu membayar apa-apa pampasan? Karya terjemahan ini bukanlah untuk keuntungan tetapi lebih kepada siaraya. 3. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan manuskrip asal 'Pensel Sebatang'? Di internet tiada fail yang berkenaan melainkan 'The Pencil' sahaja. Terima kasih. Muhaimin FB KPI: https://www.facebook.com/kelab.penulisan?fref=ts FB MACS: https://www.facebook.com/malaysianarabianculturalsocietyUntuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris atau sebagainya.  Sila hubungi ITBM 03-41451800 atau PPM, Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506.Lain-lain31.10.2014
Pihak kami memerlukan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi bahasa dan ejaan yang digunakan pada papan iklan kami. Dari: Jordan Lee & Jaafar Sdn BhdUntuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain26.12.2014
Pihak kami memerlukan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi bahasa dan ejaan yang digunakan pada papan iklan kami. Dari: Jordan Lee & Jaafar Sdn BhdUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain26.12.2014
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga DBP. Saya Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff, pelajar tahun akhir di salah satu universiti di Jordan. Pada hari ini saya ada pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat dan nama syarikat yang kami cuba daftarkan adalah Ustaz Kreatif. Namun SSM menyatakan pihak DBP mengatakan terdapat kesalahn tatabahasa dan yang lebih tepat ialah Kreatif Ustaz. Saya rasa seperti jawapan yang diberi tidak tepat kerana kreatif itu sifat dan adjektif dan kami menangguh pendaftaran syarikat kami untuk mendapatkan pengasahan dari DBP. Bukankah kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. dia Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagaimana dengan perkataan Doktor Cinta dengan Cinta Doktor, bukankah keduanya membawa maksud berbeza? Jadi saya ingin mendapat pengesahan dan kebenaran dari DBP untuk kami mendaftarkan nama perniagaan kami dengan nama Ustaz Kreatif dalam bentuk surat rasmi dengan kadar segera ke email ibn.yusuf@yahoo.com.Untuk makluman, perkataan "Ustaz Kreatif" adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami berpendapat nama tersebut tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan tentang perniagaan yang dijalankan supaya kami dapat memberikan cadangan nama yang sesuai. Sekiranya pihak tuan memerlukan surat rasmi, sila hantar surat kepada pihak kami di alamat yang berikut: Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Tatabahasa03.09.2015
Nik Mohd Syamim MatYusoff Sep 3rd, 3:42pm Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga DBP. Saya Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff, pelajar tahun akhir di salah satu universiti di Jordan. Pada hari ini saya ada pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat dan nama syarikat yang kami cuba daftarkan adalah Ustaz Kreatif. Namun SSM menyatakan pihak DBP mengatakan terdapat kesalahn tatabahasa dan yang lebih tepat ialah Kreatif Ustaz. Saya rasa seperti jawapan yang diberi tidak tepat kerana kreatif itu sifat dan adjektif dan kami menangguh pendaftaran syarikat kami untuk mendapatkan pengasahan dari DBP. Bukankah kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. dia Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagaimana dengan perkataan Doktor Cinta dengan Cinta Doktor, bukankah keduanya membawa maksud berbeza? Jadi saya ingin mendapat pengesahan dan kebenaran dari DBP untuk kami mendaftarkan nama perniagaan kami dengan nama Ustaz Kreatif dalam bentuk surat rasmi dengan kadar segera ke email ibn.yusuf@yahoo.com.Untuk makluman, perkataan "Ustaz Kreatif" adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami berpendapat nama tersebut tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan tentang perniagaan yang dijalankan supaya kami dapat memberikan cadangan nama yang sesuai. Sekiranya pihak tuan memerlukan surat rasmi, sila hantar surat kepada pihak kami di alamat yang berikut: Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Tatabahasa03.09.2015
Mohon penjelasan tentang kata penguat Yang manakah jawapan yang tepat dan alasannya 1. Puan Rosmaizan __________ semasa menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu semalam. A. gembira nian B. gembira benar C. amat gembira sangat D. paling gembira sekali 2. Puan Sarimah _________ anaknya yang menuntut di sebuah universiti di Jordan sekotak biskut sempena sambutan Hari Raya Puasa. A. mengirimi B. mengirimkan 3. Bagaimanakah kaedah terbaik untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah tentang penggunaan me...i dan men...kan. 4. Bagaimanakah pula cara menerangkan cara mudah penggunaan kata penguat dalam sesuatu ayat iaitu kesalahan dalam menggunakan kata penguat dalam ayat1. Puan Rosmaizan gembira nian semasa menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu semalam. 

2. Puan Sarimah mengirimi anaknya yang menuntut di sebuah universiti di Jordan sekotak biskut sempena sambutan Hari Raya Puasa. 

3. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, seperti Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada adik; dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa., seperti Ayah menghadiahi adik sebuah basikal 

4. Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah sungguh cantik, cantik sungguh, cantik amat, amat cantik.   

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa21.04.2015
Apa beza antara RAJA dan SULTAN?Mengikut makna kamus, raja ialah orang yang memerintah atau mengetuai sesebuah negara atau bangsa secara warisan. Sultan ialah bahasa Arab yang bermaksud raja yang memerintah. Pada asanya kedua-duanya sama, raja  ialah ketua sesebuah negara seperti Raja Jordan, namun ada negara yang menggunakan gelaran sultan seperti Sultan Brunei.Makna04.04.2014

Kembali ke atas