Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (country), (negara) Jordan; 2. (river) sungai Jordan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jordan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI JORDAN

Sungai Jordan, satu-satunya sungai penting

negara Israel dan Jordan, bermula di kawasan mata

air Gunung Hermon di Syria. Ia mengalir sejauh

160 kilometer dan masuk ke kawasan Tasik Hula

(kini telah kering). Sungai Jordan mengalir masuk

ke Laut Mati, lebih kurang 400 meter di bawah aras

laut (lihat Laut Mati).

UMUM 
JORDAN, ERNST PASCUAL UMUM 
JORDAN UMUM 
AMMAN

Amman ialah ibu negara Kerajaan Hasyimiyah

Jordan dan salah satu ibu negara Arab dan Islam.

Amman ialah pusat tamadun penting di Asia Barat.

Amman pernah muncul sebagai ibu negara

Philadelphia Purba, dan juga salah sebuah bandar

kerajaan al-Anbat. Orang Arab Islam membukanya

pada tahun 635 M./13 H. Amman ditawan oleh

pelbagai puak Arab yang ingin menjadikannya

sebagai pusat arkitek yang masyhur.

UMUM 
PETRA

Petra ialah bandar purba di selatan Laut Mati

yang kini dikenali sebagai Jordan. Petra ialah pusat

perdagangan yang penting pada akhir tahun 400-

an S.M. hingga awal tahun 200-an. Bandar tersebut

berada di jalan perdagangan darat yang

menghubungkan kawasan Arab dan Laut

Mediterranean . Kaum Nabataean, satu kumpulan

orang Arab, berkuasa di Petra pada tahun 400-an

S.M. Pada tahun 106 M., Petra ditawan oleh tentera

Rom yang menjadikannya sebahagian daripada

empayar Rom. Petra maju dari tahun 106 hingga

awal tahun 200-an M. Penduduk Petra membina

kuil-kuil di kawasan lapang dan mereka menebuk

cerunan untuk membuat rumah. Petra selalu

digelar bandar merah mawar kerana bangunannya

yang diperbuat daripada batu merah dan cerunan

merah yang mengelilinginya.

UMUM 
APPLE OF SODOM

Apple of Sodom ialah tumbuhan berduri yang

terdapat dekat Jericho, Jordan. Ia berkaitan dengan

tomato, dan menghasilkan buah kecil berwarna

kuning yang kelihatan seperti epal kecil.

UMUM 
SENJATA API GATLING

Senjata api Gatling merupakan mesingan

tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia

dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903)

seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang

peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten

senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan

semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia

mengandungi sepuluh laras yang berputar

dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan

menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap

lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan

berputar untuk memberi laluan kepada laras

berikutnya. Model senjata api yang diperbaik

menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan

Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang

Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api

Gatling moden adalah peralatan piawai dalam

angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan.

UMUM 
SEMIT

Semit adalah orang yang bertutur dalam bahasa

Semitik, seperti bahasa Arab atau Ibrani. Mereka

hidup terutamanya di Ethiopia, Iraq, Israel, Jordan,

Lubnan, Syria, Semenanjung Arab dan utara Afrika.

Kaum Assyria purba, Babylon, Canaanite, Eblaite

Ibrani dan kaum Phoenicia juga adalah kaum Semit.

UMUM 
PERANG MISLUN

Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan

orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis

dan British telah membahagikan negara Syam

kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas

Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian

Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai

Syria manakala bahagian pedalaman Syria

diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin

menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar

Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir

Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima

penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis

dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah

Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral

Gourand memberi amaran secara bertulis kepada

al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu.

Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu

walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan

Perancis.

UMUM 
ASAD, NASIR AL-DIN AL-

Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan,

sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang

berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah,

Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti

Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah

kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943.

Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda

dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun

1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada

tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al-

Azhar.

UMUM 
12

Kembali ke atas