Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kazakhstan

Juga ditemukan dalam:


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALMATY

Almaty (pend. 1 147 000) dieja juga Alma-Ata ,

ialah ibu negara Kazakhstan. Bandar ini terletak di

tenggara Kazakhstan, dalam sebuah lembah

bersaliran di kaki banjaran gunung Tian Shan (lihat

Kazakhstan [peta]).

UMUM 
NAZARBAYEV, NURSULTAN

Nazarbayev, Nursultan (1940– ) ialah

presiden Kazakhstan yang dilantik pada bulan

Disember 1991. Kazakhstan yang sebelumnya

merupakan republik dalam Kesatuan Soviet,

mengisytiharkan kemerdekaan sebaik-baik sahaja

selepas pilihan raya.

UMUM 
TASIK BALKHASH

Tasik Balkhash ialah sebuah tasik yang besar,

terletak di bahagian tenggara Kazakhstan. Tasik

tersebut terletak 342 meter di atas aras laut dan

luasnya 17 275 kilometer persegi. Lebar tasik

Balkhash hanya 10 kilometer di bahagian timur dan

87 kilometer di hujung bahagian barat. Air di

bahagian barat Tasik Balkhash tawar kerana

dimasuki Sungai Ili, tetapi terdapat air masin di

hujung bahagian timur. Beberapa buah sungai

mengalir ke dalam Tasik Balkhash, namun begitu

tasik tersebut tidak mempunyai laluan keluar. Ais

meliputi tasik tersebut dari bulan November

hingga bulan April. Untuk lokasi Tasik Balkhash,

lihat Kazakhstan (peta).

UMUM 
KYZYL KUM

Kyzyl Kum ialah gurun yang terletak di selatan

Kazakhstan dan utara Uzbekistan di Asia Tengah.

Kyzyl Kum dalam bahasa Turkik bermakna pasir

merah.

UMUM 
ORANG TATAR

Orang Tatar ialah penduduk Eropah dan Asia

yang berbahasa Turkik. Kebanyakan orang Tatar

tinggal di bahagian tengah dan selatan Rusia, dan

di Bulgaria, China, Kazakhstan, Romania, Turki, dan

Uzbekistan. Orang Tatar ialah bangsa Turki, dan

mereka berkait rapat dengan orang Turki.

UMUM 
PERGUNUNGAN URAL

Pergunungan Ural menganjur kira-kira 2400

kilometer merentasi bahagian barat Rusia.

Pergunungan ini menganjur ke selatan, bermula

daripada Bulatan Artik hingga menghampiri

sempadan Kazakhstan. Ramai ahli geografi

menganggap pergunungan ini sebagai salah satu

sempadan antara Eropah dan Asia. Lihat Rusia (peta

rupa bumi).

UMUM 
ORANG TURKI

Orang Turki ialah orang yang bertutur dalam

bahasa Turkik. Terdapat kira-kira 10 bahasa Turkik.

Bahasa utama ialah bahasa Turki. Hampir separuh

daripada kira-kira 90 juta orang Turki di dunia tinggal

di Turki. Yang lainnya tinggal di kawasan Asia Tengah,

di Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan,

dan Uzbekistan. Terdapat juga komuniti besar orang

Turki di Afghanistan, China, Iran, Mongolia, dan

Rusia. Sesetengah orang Turki juga tinggal di negara

Balkan, di tenggara Eropah.

UMUM 
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA

Komanwel Negara-negara Merdeka ialah

pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya

merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara

anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan,

Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova,

Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan

Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk,

di Belarus.

UMUM 
TIAN SHAN

Tian Shan, juga dieja Tien Shan,ialah banjaran

gunung di Asia Tengah. Ia memanjang sejauh

2400 kilometer ke timur laut dari Pergunungan

Pamir (lihat Pamir ). Ia merentang ke barat laut

China. Tian Shan bermaksud Gunung Indah. Ia

merupakan sistem pergunungan yang tertinggi di

utara Tibet. Puncak Pobeda, setinggi 7439 meter

di atas aras laut, ialah puncaknya yang tertinggi.

Banyak sungai mengalir ke utara dari Tian Shan ke

Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dan ke selatan

memasuki China. Sistem pergunungan ini

mempunyai beberapa glasier yang terbesar di

dunia. Jalan-jalan yang melalui genting merentas

banjaran Tian Shan. Untuk lokasi, lihat Asia (peta

rupa bumi).

UMUM 
SERPENTIN

Serpentin ialah mineral yang mempunyai

komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua

bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang

berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar.

Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan

pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan

seperti marmar. Serpentin demikian digunakan

sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik

hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis

serpentin berserat ialah jenis asbestos yang

paling penting. Krisotil dilombong di Kanada,

Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan.

UMUM 
12

Kembali ke atas