Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok) dan bunganya, bunga kubur, cempaka (biru), Plumeria acuminata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau bunganya, Plumeria acuminata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kemboja

Puisi
 

Pohon bendera pohon ketapang,
     Pohon kemboja melintang titi;
Anak dara dua sekupang,
     Kalau janda segantang padi.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KembojaSoalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas.Lain-lain01.09.2010
Ly Iza SUN 14:51 Assalamualaikum Datuk/puan yang hormati: Saya dari Kemboja pelajar lulusan Agama peringkat bachelor degree di Saudi Arabia, Riyadh city, dan lulusan peringkat masters degree di kemboja. Saya dapat maklumat dalam Facebook, bahawa ada jawatan kosong diiklankan, maka saya ingin bertanya adakah dapat menerima orang Kemboja berkerja di sana? Harap tuan/puan maaf kami kerana soalan ini, jutaan terima kasihWaalaikummusalam, Tuan/Puan, Untuk makluman tuan/puan, jawatan kosong yang dibuka khas untuk Rakyat Malaysia yang memiliki syarat kelayakan yang dinyatakan dan syarat tambahan yang lain. Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi staf kami melalui e-mel alias@dbp.gov.my atau nombor telefon 03-2147 9345 Terima kasih.Lain-lain19.03.2017
Salam. Nama bagi negara (english: Cambodia) ialah negara Kemboja atau negara Kampuchea? Terima kasihEjaan dalam bahasa Melayu ialah Kemboja.Tatabahasa14.11.2013
Apakah ejaan Cambodia dalam Bahasa MalaysiaEjaan dalam bahasa Melayu ialah Kemboja.Ejaan22.02.2008
maksud RESIDENSI

Perkataan RESIDENSI hanya digunakan dalam penamaan bangunan sahaja. Contohnya RESIDENSI MUTIARA, RESIDENSI KEMBOJA dan sebagainya. Bagi residensi dalam ayat hendaklah menggunakan perkataan kediaman.
Lain-lain15.02.2017
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali:
5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka.
6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja
 
Tatabahasa01.10.2012
Maksud perkataan kebayat negara?

Kebayat Negara atau Kembayat Negara merupakan nama lama bagi wilayah kerajaan Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja. Kebayat Negara turut dinyatakan dalam “Syair Siti Zubaidah Perang Cina” atau “Syair Siti Zubaidah” yang mengisahkan cinta, keberanian dan ketaatan Siti Zubaidah untuk membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin yang ditawan oleh puteri dari China.

Sastera05.03.2020
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara?ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).Lain-lain04.01.2018
Saya ingin bertanya jika boleh menggunakkan perkataan residensi bagi menggantikan perkataan bahasa inggeris ‘Residency’? seperti menamakan nama pangsapuri
Perkataan RESIDENSI hanya digunakan dalam penamaan bangunan sahaja. Contohnya RESIDENSI MUTIARA, RESIDENSI KEMBOJA dan sebagainya. Bagi residensi dalam ayat hendaklah menggunakan perkataan kediaman.
Lain-lain25.04.2021
Baginda ________ di Istana Meranti itu semenjak ditabalkan sebagai Sultan di Kebayat Negara. Saya nak tahu apakah maksud kebayat negara?
Kebayat Negara atau Kembayat Negara merupakan nama lama bagi wilayah kerajaan Melayu Campa di Vietnam dan KembojaKebayat Negara turut dinyatakan dalam “Syair Siti Zubaidah Perang Cina” atau “Syair Siti Zubaidah” yang mengisahkan cinta, keberanian dan ketaatan Siti Zubaidah untuk membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin yang ditawan puteri dari China.
Sastera05.03.2020
12

Kembali ke atas