Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok) dan bunganya, bunga kubur, cempaka (biru), Plumeria acuminata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau bunganya, Plumeria acuminata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kemboja

Puisi
 

Pohon bendera pohon ketapang,
     Pohon kemboja melintang titi;
Anak dara dua sekupang,
     Kalau janda segantang padi.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPohon kemboja dahan bercantum, Tempat jentayu membuat sarang; Semalam sahaja baru berkuntum, Sekarang layu bilakah kembang?
Kurik Kundi Merah SagaPohon bendera pohon ketapang, Pohon kemboja melintang titi; Anak dara dua sekupang, Kalau janda segantang padi.
Kurik Kundi Merah SagaIya sungguh dimakan api, Bunga kemboja Padang Seberang; Iya sungguh ditinggal laki, Apa peduli pada abang.
Kurik Kundi Merah SagaDari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga.
Kurik Kundi Merah SagaOh bunga Raja Cina, Sama timbang bunga kemboja; Janganlah malu kami bertanya, Cincin di jari siapa punya.
Kurik Kundi Merah SagaBunga selasih di dalam dulang, Dibawa orang ke negeri Kemboja; Buah hati kekasih orang, Saya tumpang tertawa sahaja.

Kembali ke atas