Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok) dan bunganya, bunga kubur, cempaka (biru), Plumeria acuminata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau bunganya, Plumeria acuminata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kemboja

Puisi
 

Pohon bendera pohon ketapang,
     Pohon kemboja melintang titi;
Anak dara dua sekupang,
     Kalau janda segantang padi.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Plumeria rubraKemboja CinaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Apocynaceae ini adalah jenis pokok yang mempunyai batang bewarna kelabu dan bergetah putih. Daunnya berbentuk obovat. Bunganya berwarna ungu kemerahan dan kuning di tengah corong. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan di tepi jalan atau di kawasan kubur. Kulit batang pokok digunakan untuk merawat kepecahan pada tumit kaki sementara getah pokok digunakan untuk membuang tahi lalat.
trotroKesenianTiadaRebab dari Kemboja.
gambogegambojKimiaTiadaBahan berwarna kuning daripada pokok kemboja yang digunakan sebagai pigmen dan untuk mewarnakan varnis.
nang sbek thornnang sbek thornMuzikTiada

 Teater wayang kulit Kemboja yang menggunakan patung besar yang dipegang oleh penari. Teater ini berasaskan epik Reamker atau Ramayana. Beberapa watak dan alam semula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung besar. Penari boleh menari di depan dan di belakang kelir semasa persembahan. Teknik bermain wayang kulit ini sama dengan teknik bermain nang yai di Thailand. Penari diiringi seorang narator dan ensembel pinn peat. Alat muzik yang terlibat termasuklah ranat thung dan ranat aek (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga).

mohorimohoriMuzikTiada

 Ensembel muzik Kemboja yang mengutamakan alat tali yang digesek seperti tror chhe, tror so tauch, tror so thomm, tror u, krapeu (ziter) dan khimm (dulsimer). Oleh itu, bunyi ensembel ini lebih lembut daripada bunyi ensembel pinn peat. Alat muzik lain dalam ensembel tersebut termasuklah khloy (alat flut buluh), ranat aek, ranat thung (zailofon), ching (simbal), thaun (dram berbentuk goblet) dan rumanea (dram berbingkai). Penyanyi dinamai chamrieng. Ensembel mohori mengiringi lagu nyanyian dan tarian rakyat sekular di Kemboja. Ensembel ini sama dengan ensembel mahori Thai.

pinn peatpinn peatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Kemboja yang mengiringi tarian klasik dan wayang nang sbek. Alat muzik pinn peat hampir sama dengan alat muzik ensembel pi phat di Thailand. Alat pinn peat termasuklah ranat aek dan ranat thung (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga). Penyanyi dalam ensembel pinn peat dikenali sebagai chamrieng. Lihat juga pi phat.

nang kalunnang kalunMuzikTiada

 Wayang kulit Kemboja yang berasaskan cerita epik Reamker atau Ramayana dan Jataka tentang kehidupan dan falsafah Buddha. Wayang ini menggunakan patung kecil yang dimain­kan oleh seorang dalang. Teknik bermain wayang ini sama dengan teknik bermain nang talung di Thailand. Teater ini juga dinamai ayang yang berasal daripada perkataan wayang. Sinonim nang sbek touch, ayang. Lihat juga nang tailing, wayang gedek.

 

lamentrintihanKesusasteraanPuisiPuisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
urban sitetapak bandarArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak yang mengandungi tinggalan kota, monumen, batu atau benteng. Tapak ini digunakan sebagai tempat tinggal, tempat pengeluaran hasil industri,pusat perdagangan, pertahanan dan pentadbiran. Antara tapak bandar yang terkenal ialah Roman Ephesus (Turki), Tikal (Geuatemala), Mohenjo Daro (India), Teotihuacan (Mexico) dan Angkor Wat (Kemboja).
12

Kembali ke atas