Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Federal GovernmentKerajaan PersekutuanUndang-undangTiadaTiada
federal governmentkerajaan persekutuanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
Federal Government ScholarshipBiasiswa Kerajaan PersekutuanPentadbiranTiadaTiada
Federal CouncilMajlis PersekutuanPentadbiranTiadaBadan atau organisasi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjalankan tugas penyelarasan pentadbiran dalam sesuatu bidang tertentu. Badan ini juga berperanan melicinkan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa jenis majlis persekutuan seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat. Manakala Majlis Tindakan Negara, Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara ditubuhkan di bawah kuasa eksekutif untuk membantu Jemaah Menteri menyelaraskan kegiatan kementerian di peringkat persekutuan.
municipal securitiessekuriti perbandaranPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti yang dikeluarkan oleh entiti politik selain kerajaan persekutuan dan agensinya, seperti pihak berkuasa negeri, bandar atau lapangan terbang.
Federal Consolidated FundKumpulan Wang Disatukan PersekutuanUndang-undangTiadaKumpulan wang yang ditrima oleh kerajaan persekutuan daripada hasil cukai, denda lesen dan sebagainya.
Supreme CouncilMajlis TertinggiUndang-undangTiadaBadan dalam Kerajaan Negeri Sarawak yang bersamaan dengan Jemaah Menteri dalam Kerajaan Persekutuan.
federal blue printrangka tindakan persekutuanPentadbiranPentadbiran Awam

Dokumen rasmi yang digubal oleh kerajaan persekutuan dalam merencana atau merancang program atau projek pembangunan negara. Rangka tindakan persekutuan menjadi garis panduan dan rujukan kepada pihak pemerintah atau pentadbir dalam merealisasikan matlamat dan cita-cita negara. Dokumen ini mengandungi elemen-elemen seperti teras, objektif, prinsip atau rasional dan strategi pelaksanaan khusus sesuatu aktiviti. Contohnya Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan rangka tindakan persekutuan yang digubal untuk pihak pemerintah melaksanakan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun.

federal officerpegawai persekutuanPentadbiranTiadaAnggota perkhidmatan awam yang dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk menguruskan hal-ehwal pentadbiran. Antara peranan utama pegawai persekutuan termasuklah merealisasikan hasrat dan impian kerajaan, melaksanakan dasar-dasar pemerintahan negara dan membantu menyampaikan maklumat daripada pihak kerajaan kepada orang awam. Pegawai ini terikat dengan Perintah Am dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka. Contohnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik ialah pegawai persekutuan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aspek pentadbiran pusat.
expatriationekspatriasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKehilangan taraf kerakyatan menerusi pelepasan kesetiaan dan perolehan suatu kerakyatan asing. Di Malaysia, manamana rakyat yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih, dan berfikiran waras boleh melepaskan kerakyatan persekutuannya dengan membuat perisytiharan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Selepas itu, seseorang itu dikira sebagai tamat dan berhenti daripada menjadi seorang warganegara. Hal ini terkandung dalam Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, seseorang yang telah berhenti daripada menjadi warganegara Malaysia, sekiranya dicederakan oleh negara lain, tidak layak mendapat perlindungan politik dari Malaysia.
1234

Kembali ke atas