Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli­ahlinya (dgn cara saling membantu, menyum­bang, dsb) utk faedah bersama; bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kerja yg dibuat bersama-sama dan dgn tolong-menolong; gotong-royong: Jabatan itu berjalan licin kerana ada ~ drpd masyarakat. bekerjasama bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kerjasama Sastera Indonesia Malaysia: Mimpi atau Realiti?A. Aziz DeramanDewan Sastera1 June 2001
Kerjasama Bahasa, Sastera, Dan Budaya Di Asia TenggaraA. Aziz DeramanDewan Budaya1 November 2000
Kerjasama ASEAN perlu diperluasTajulddin MuhammadDewan Masyarakat1 February 1998
Kerjasama filem di Asia PasifikKu Seman Ku HussainMassa2 October 1999
Kerjasama erat Malaysia-ChinaRujhan MustafaDewan Masyarakat1 December 2005
Kerjasama budaya melalui bukuRohani RustamDewan Budaya1 November 1988
Kerjasama kebahasaan serantau ... mengapa kurang publisiti?Mazlan NordinDewan Masyarakat1 May 1995
Kerjasama BIMP-EAGA jangan seperti "Ayam Berlaga Sereban"Assis Kamu dan Ismail LadamaDewan Masyarakat1 November 2004
Kerjasama pembinaan bahasa serantauTiadaDewan Bahasa1 December 1985
Kerjasama serantau dari segi kebahasaanZainab AhmadDewan Bahasa1 November 1983
123456

Kembali ke atas