Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli­ahlinya (dgn cara saling membantu, menyum­bang, dsb) utk faedah bersama; bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kerja yg dibuat bersama-sama dan dgn tolong-menolong; gotong-royong: Jabatan itu berjalan licin kerana ada ~ drpd masyarakat. bekerjasama bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah kata majmuk yang penggunaannya yang telah dimantapkan digandakan ?Cthnya olahraga-olahraga ataupun kerjasama-kerjasama.Harap dapat membantu.

Penggunaan kata majmuk tidak perlu digandakan untuk menunjukkan banyak, jika perlu boleh digunakan perkataan banyak atau pelbagai.

Tatabahasa19.10.2009
Lazimnya, Strategi dalam dokumen ditulis menggunakan kata kerja. Contohnya, Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Sekiranya Strategi tersebut dijadikan tajuk/subtajuk, adakah ia ditulis menggunakan kata kerja atau ditukar kepada kata nama, iaitu Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Ya, akan menjadi kata nama Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa.Tatabahasa13.01.2015
yang mana yang betul? Kerjasama YBhg Dato' amatlah dihargai. atau, Kerjasama daripada YBhg Dato' amat dihargai. Apa beza "kerjasama Dato'" dengan "kerjasama daripada Dato'"?

Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa26.11.2009
saya mahu maksud "definisi kerjasama"Kerjasama bermaksud 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli-ahlinya (dgn cara saling membantu, menyumbang, dsb) utk faedah bersama;Lain-lain06.08.2010
Di atas kerjasama tuan amat dihargai....atau kerjasama tuan amat dihargai.... yang mana lebih tepat dalam penulisan surat rasmiUngkapan yang lazim digunakan ialah "Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih".Tatabahasa01.04.2013
Bolehkah istilah 'collaboration' yang membawa maksud 'kerjasama' menggunakan istilah 'kolaborasi ' sedangkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan sebagai 'subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb.Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk collaboration, iaitu pemuafakatan, kerjasama dan kolaborasi. Istilah kolaborasi terdapat dalam bidang Sains Politik dan Kesusasteraan yang membawa maksud kerjasama.Istilah27.11.2011
Penggunaan dalam surat atau e-mel, Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai Atau Kerjasama yang pihak tuan berikan amat kami hargai Terima kasih

Kedua-dua ayat “Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai  dan Kerjasama yang pihak tuan berikan amat kami hargai  betul dan boleh digunakan dalam penulisan surat rasmi.

Tatabahasa28.11.2023
Salam 1Malaysia, saya ingin mendapatkan pandangan DBP berhubung penggunaan perkataan dipohon atau dimohon yang lebih tepat penggunaannya. Cth: Dipohon kerjasama tuan untuk.... @ Dimohon kerjasama tuan...

Tuan

Jawapan yang lebih tepat ialah dimohon atau mohon sahaja.

Tatabahasa20.07.2010
boleh berikan contoh yang sesuai dengan perkataan collaboration? Jabatan ingin menggunakan ayat 'The event that have collaboration with us will get....' Pemahaman kami di sini adalah kerjasama dalam menjalankan peristiwa. Kerjasama di sini lebih kepada pengurusan peristiwa tersebut. Jika peristiwa sebagai contoh seminar, dan ada penceramah dari pihak kami, adakah itu mencapai maksud 'collaboration?'Padanan makna collaboration ialah kerjasama.Istilah11.05.2011
Soalan 1: Agensi kami menjalin kerjasama dengan LAPAN di Indonesia. Ketua Pengarah akan ke negara berkenaan untuk mengadakan mesyuarat dan membincangkan projek kerjasama. Yang manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan bagi mesyuarat ini sama ada Mesyuarat Kerja ARSM-LAPAN atau Mesyuarat Kerjasama ARSM-LAPAN? Apakah makna sebenar Mesyuarat Kerja?Penggunaan frasa yang betul ialah "Mesyuarat ARSM - LAPAN", kecuali apabila melibatkan jawatankuasa kerja bolehlah dinamai "Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ARSM - LAPAN".Tatabahasa13.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas