Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli­ahlinya (dgn cara saling membantu, menyum­bang, dsb) utk faedah bersama; bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kerja yg dibuat bersama-sama dan dgn tolong-menolong; gotong-royong: Jabatan itu berjalan licin kerana ada ~ drpd masyarakat. bekerjasama bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kerjasama Asean dalam mata wang dan urusan bankInstitute of Strategic and International Studies (ISIS) MalaysiaTiada1990 
Kerjasama ekonomi umat IslamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20089789836298256
Kerjasama ekonomi umat Islam:potensi dan cabaranDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2008978-983-62-9825-6
Kerjasama serantau dan ekonomi digitalInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada20039676113670
Kerjasama DBP dengan Kementerian KebudayaanPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Rancangan kerjasama Dewan bahasa dan pustaka dengan Berita Harian SDN. BHD.Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003 
Pertemuan kerjasama Melayu - Islam AseanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002 
Mesyuarat Kerjasama antara DBP dan UPSIDewan Bahasa dan PustakaTiada1999 
Program kerjasama kebahasaan dan persuratan di Sri LankaDewan Bahasa dan PustakaTiada2003 
Pertemuan Kerjasama Melayu - Islam AseanDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
123456

Kembali ke atas