Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN EROPAH BARAT

Kesatuan Eropah Barat (Western European

Union – WEU) ialah perikatan pertahanan yang

merangkumi sebahagian besar anggota Eropah

Barat dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

(NATO). NATO ialah perikatan angkatan bersenjata

yang utama di negara-negara Barat.

UMUM 
KESATUAN EROPAH

Kesatuan Eropah (EU) dahulunya dikenali

sebagai Komuniti Eropah (EC) merupakan satu

kumpulan negara Eropah yang terikat dalam

kesatuan ekonomi dan integrasi politik yang lebih

rapat. Kesatuan ini ditubuhkan pada 1 Januari 1993.

UMUM 
PARLIMEN EROPAH

Parlimen Eropah ialah Parlimen Kesatuan

Eropah yang dipilih secara langsung (lihat

Kesatuan Eropah; Pasaran Bersama).

UMUM 
MONNET, JEAN

Monnet, Jean (1888–1979) ialah peniaga

Perancis dan pembesar yang mengetuai suatu

pergerakan untuk menyatukan Eropah Barat pada

tahun 1950-an dan tahun 1960-an. Dia dikenali

sebagai Bapa Komuniti Eropah. Monnet

mencadangkan penubuhan Komuniti Batu Arang

dan Keluli pada tahun 1950 dan menjadi presiden

pergerakan itu dari tahun 1952 hingga tahun 1955.

Dia mengasaskan Komuniti Bertindak untuk

Kesatuan Eropah dan menjadi presidennya dari

tahun 1956 hingga 1975. Dia membantu

menubuhkan Komuniti Tenaga Atom (Euratom) dan

Komuniti Ekonomi Eropah (kini dikenali sebagai

Kesatuan Eropah); kedua-duanya ditubuhkan pada

tahun 1957. Lihat Kesatuan Eropah.

UMUM 
KOMUNITI EROPAH

Komuniti Eropah (EC) ialah nama awal bagi

satu kumpulan negara Eropah yang kini dikenali

sebagai Kesatuan Eropah.

UMUM 
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA

Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)

mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian

ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang

terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu

perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua

anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan

Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas

Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam

perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995.

UMUM 
SISTEM KEWANGAN EROPAH (EMS)

Sistem Kewangan Eropah (EMS) ialah

organisasi yang ditubuhkan oleh 10 negara

Eropah untuk menstabilkan kadar pertukaran mata

wang mereka. Kadar pertukaran ini adalah harga

mata wang satu negara dalam istilah negara-negara

lain. Sistem ini bermula pada tahun 1979 dengan

penyertaan sepenuhnya oleh Belgium, Denmark,

Perancis, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda dan

Jerman Barat (kini Jerman). Sepanyol memulakan

penyertaan sepenuhnya pada tahun 1989 dan

United Kingdom pada tahun 1990. Portugal dan

Greece menandatangani perjanjian sistem ini

tetapi tidak mengambil bahagian dalam semua

operasinya. Kesemua ahli sistem ini adalah negara

Kesatuan Eropah, yang berusaha menyatukan

ekonomi negara ahlinya. Pada tahun 1992, United

Kingdom dan Itali mengumumkan untuk

menggantung sementara penyertaan mereka

dalam sistem ini. Kedua-dua negara ini tidak dapat

mengelakkan kejatuhan nilai mata wang mereka di

bawah julat yang diperlukan oleh sistem ini.

UMUM 
SOAMES, LORD

Soames, Lord (1920 –1987) ialah tokoh politik

Konservatif Inggeris yang memegang jawatan

sebagai presiden majlis bandaran dari tahun 1979

hingga tahun 1981. Pada tahun 1979 dan tahun 1980

dia memangku jawatan Gabenor Zimbabwe

semasa negara tersebut melalui tempoh peralihan

mendapat kemerdekaan yang sah. Soames

mendapat pendidikan di Eton College dan Royal

Military College, Sandhurst. Pada tahun 1950, dia

menjadi ahli parlimen dan memegang jawatan

kanan dalam kerajaan dari tahun 1958 hingga tahun

1964. Dia dilantik sebagai duta ke Perancis dari

tahun 1968 hingga tahun 1972. Soames ialah

Pesuruhjaya Kesatuan Eropah dari tahun 1973

hingga tahun 1977.

UMUM 
PERIKATAN BESAR

Perikatan Besar ialah nama bagi perikatan tiga

kesatuan negara Eropah yang dibentuk untuk

membendung kuasa ketenteraan Perancis di

bawah pemerintahan Raja Louis XIV. Setiap negara

dalam perikatan ini menghalang peluasan Perancis

dan mengekalkan imbangan kuasa di Eropah.

UMUM 
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH

Persidangan Keselamatan dan Kerjasama

di Eropah (Conference on Security and

Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan

yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di

antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah.

Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini

ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah,

termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun

1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi

beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia

menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri-

negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan

Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian

daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat

dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara

rasmi menyertai CSCE.

UMUM 
123

Kembali ke atas