Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
member statenegara anggotaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNegara yang merupakan ahli dalam sesebuah organisasi politik, ekonomi atau perdagangan, seperti Kesatuan Eropah dan ASEAN. Negara anggota akan terlibat secara langsung dalam semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh organisasi tersebut. Contohnya, Malaysia merupakan negara anggota ASEAN yang menjadi tuan rumah persidangan ASEAN pada tahun 2015. Oleh itu, kesemua ahli negara anggota ASEAN yang lain harus sama-sama turut menjayakan setiap program yang dilaksanakan.
Africa, Caribbean and Pacific (ACP))Afrika, Caribbean dan PasifikSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan negara-negara Afrika, Caribbean dan Pasifik yang memerlukan bantuan khas dan skim perdagangan istimewa daripada negara maju. Pembentukan rejim perdagangan dan bantuan khas negara maju khususnya Kesatuan Eropah terhadap ACP telah dimeterai di Yaound�, Cameroon dan Lome, Togo. Terma bantuan Kesatuan Eropah kepada negara ACP selari dengan konvensyen Lome keempat yang dimeterai pada tahun 1990. Namun demikian, kritikan yang kerap dibuat oleh anggota ACP ialah bantuan pembangunan yang dijanjikan oleh negara maju khususnya dalam menangani masalah kebuluran, pertumbuhan ekonomi dan memperbaik taraf sosial rakyat tidak mencapai matlamat. Sinonim ACP.
African, Caribbean and Pacific Group (ACP)Kumpulan Afrika, Carribean dan Pasifik (ACP)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaKumpulan negara dari Afrika, Carribean dan Pasifik yang menganggotai Konvensyen Lome 1975 dengan Kesatuan Eropah. Kriteria negara ACP ialah negara yang kurang membangun, negara tanpa pantai dan negara kepulauan kecil. Penyertaan dalam ACP membolehkan hasil mentah dari negara ACP diperoleh dengan lebih mudah dan murah dalam pasaran Eropah, sementara barangan dari Eropah mendapat laluan ke dalam pasaran ACP. Negara ACP juga menikmati manfaat daripada dana khas yang ditubuhkan oleh Kesatuan Eropah bagi memastikan kestabilan harga produk pertanian mereka. Kini, kumpulan ACP tertakluk kepada Perjanjian Cotonou 2000 yang menggantikan Konvensyen Lome.
Food and Agriculture Organization (FAO)Pertubuhan Makanan dan PertanianSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945 dan beribu pejabat di Rom, Itali. Pertubuhan ini mempunyai 180 negara dan Kesatuan Eropah. Terdapat satu majlis yang terdiri daripada 49 anggota. Objektif pertubuhan ini adalah untuk mempromosikan pembangunan luar bandar yang mampan dengan penekanan kepada golongan petani miskin, pengeluaran makanan dan meningkatkan tahap pemakanan berkhasiat. Pertubuhan ini berusaha mencapai objektifnya dengan melakukan penyelidikan, menerbitkan laporan, mengadakan persidangan serta menawarkan bantuan teknikal, benih yang diperbaik, membuat serum dan vaksin, dan bantuan untuk meningkatkan hasil hutan. Programnya dijalankan oleh pelbagai jawatankuasa dalam bidang pertanian, perikanan dan makanan. Jabatan Pembangunan Mampan dalam pertubuhan ini berfungsi untuk memberi nasihat kepada kerajaan sesebuah negara dalam mengintegrasi polisi, perancangan dan pengurusan sumber dan telah melaksanakan Agenda 21 Earth Summit pada tahun 1992 dan konvensyen alam sekitar yang berkaitan dengan isu kepelbagaian biologi dan pertukaran cuaca. Kemudian, pada tahun 2000 pertubuhan ini dianugerahkan paten PBB bagi proses yang membolehkan pengilang membotolkan air kelapa tanpa menghilangkan rasa dan khasiatnya. Sinonim FAO.
neutral territorywilayah berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah atau negara yang bebas atau tidak memihak kepada mana-mana negara atau kuasa. Wilayah seperti ini berkecuali kerana kepentingan tertentu seperti keselamatan, ekonomi, politik dan sebagainya. Contohnya, Switzerland merupakan wilayah berkecuali dalam Kesatuan Eropah. Sinonim wilayah neutral/zon berkecuali.
Treaty of RomePerjanjian RomSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1957 untuk merasmikan penubuhan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) yang menyediakan pasaran bersama pelbagai hasil antara negara anggota. EEC kemudiannya berkembang menjadi Komuniti Eropah (EC) dan Kesatuan Eropah (EU).
regional economic blockblok ekonomi serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKumpulan negara yang terbentuk daripada persamaan geografi atau geopolitik. Matlamat penubuhan blok ekonomi serantau adalah untuk menggalakkan perdagangan dan integrasi ekonomi antara negara anggota. Contohnya, blok ekonomi serantau di Eropah Barat, iaitu Kesatuan Eropah (EU), di Amerika Utara, iaitu Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
international societymasyarakat antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang menyatakan negara berupaya menubuhkan satu masyarakat dalam kalangan mereka sendiri berasaskan persetujuan bersama dalam mengadakan peraturan dan institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hubungan mereka. Peraturan dan institusi yang berkaitan pula dikekalkan kerana mereka mempunyai kepentingan bersama. Konsep ini berbeza dengan konsep masyarakat dunia yang berasaskan perkongsian identiti dalam kalangan individu dan masyarakat antarabangsa berasaskan negara sebagai unit utamanya. Contohnya, masyarakat antarabangsa yang wujud sehingga hari ini ialah Kesatuan Eropah. Kesatuan ini terdiri daripada beberapa buah negara Eropah yang telah bekerjasama dalam banyak hal, termasuk dalam bidang keselamatan dan ketenteraan. Kerjasama antara negara anggota ini mampu dikekalkan disebabkan kepentingan bersama.
White BookBuku PutihTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerBuku panduan terbitan Suruhanjaya Komuniti Eropah berkenaan kriteria Penilaian Keselamatan Teknologi Maklumat (ITSEC). Kriteria penilaian ini merupakan pemiawaian yang menghuraikan tahap jaminan keselamatan sistem maklumat. Sijil pencapaian berperingkat diberikan kepada sistem maklumat berdasarkan kadar pencapaian kriteria penilaian ini. ITSEC diperakui oleh semua negara Kesatuan Eropah (EU). Buku Putih disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna putih.
preferential systemsistem keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem perdagangan antarabangsa yang memberi kelonggaran cukai kepada beberapa negara tertentu yang mendapat keutamaan kerana menganggotai satu pertubuhan yang sama atau memiliki latar belakang yang sama dan sebagainya. Persetujuan ini diterima secara bersama untuk kebaikan ahli. Walaupun begitu, apabila mereka berurusan dengan negara lain di luar komuniti tersebut mereka akan dikenakan cukai yang berlainan kadarnya. Contohnya, anggota Kesatuan Eropah (EU) mendapat sistem keutamaan percukaian dalam perdagangan antara negara tersebut.
123

Kembali ke atas