Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROMANOV, GRIGORIY VASILYEVICH

Romanov, Grigoriy Vasilyevich (1923– ),

tokoh terkemuka Parti Komunis Kesatuan Soviet.

Parti Komunis menguasai kerajaan Kesatuan Soviet

sehingga tahun 1991. Romanov telah berkhidmat

sebagai ahli penuh Politburo parti tersebut dari

tahun 1976 hingga tahun 1985, dan sebagai ahli

Urusetia Jawatankuasa Pusat Parti tersebut dari

tahun 1983 hingga tahun 1985. Dia juga merupakan

ahli Presidium dari tahun 1970 hingga tahun 1985.

Politburo merupakan badan yang menentukan

dasar parti dan urusetia mengurus pentadbiran

hariannya. Presidium ialah sebuah badan penting

bagi kerajaan Soviet. Pada tahun 1985, Romanov

memohon untuk bersara dari semua jawatan,

disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Akan tetapi ramai pemerhati berpendapat bahawa

dia telah digugurkan kerana dia telah kehilangan

pengaruh dalam parti.

UMUM 
ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH

Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984),

berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti

Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982

hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada

masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat

berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga

berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the

Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet

pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga

kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia

negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei

1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis.

UMUM 
PERSIDANGAN POTSDAM

Persidangan Potsdam ialah perjumpaan

terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet,

United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Persidangan tersebut

diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia

bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan

selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan

tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah

Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana

Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement

Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai

perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili

United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang

berakhir pada 2 Ogos 1945.

UMUM 
KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET (K.R.S.S.)

Kesatuan Republik Sosialis Soviet

(K.R.S.S.), juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet,

ialah negara Komunis pertama dan paling kuat di

dunia. Negara ini wujud dari tahun 1922 hingga

tahun 1991. Pada tahun 1991, Parti Komunis hilang

kuasa, dan Kesatuan Soviet berpecah menjadi

beberapa buah negara merdeka.

UMUM 
KGB

KGB ialah sebuah agensi kerajaan Kesatuan Soviet

sehingga tahun 1991. Agensi ini mengendalikan

sebuah pasukan polis rahsia untuk mengekalkan

kuasa Parti Komunis ke atas negara tersebut.

UMUM 
PERANG RUSIA-FINLAND

Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia

II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang

sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat

dalam “Perang Musim Sejuk” dari tahun 1939

hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu “Perang

Sambungan” berlaku dari tahun 1941 hingga tahun

1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan

tersebut.

UMUM 
SUNGAI NEVA

Sungai Neva menyambungkan tiga sistem jalan

air di Kesatuan Soviet. Panjang sungai ini hanya 72

kilometer. Bahagian hulunya bermula di hujung

selatan Tasik Ladoga dan mengalir ke barat menuju

ke Teluk Finland di Leningrad. Ia adalah

sebahagian daripada sistem Sungai Ladoga-Volga

yang menghubungkan Laut Baltik dengan Laut

Kaspia.

UMUM 
MALENKOV, GEORGI MAXIMILIANOVICH

Malenkov, Georgi Maximilianovich (1902–

1988), menjadi perdana menteri Kesatuan Soviet

selepas kematian Joseph Stalin pada bulan Mac

1953.

UMUM 
YEVTUSHENKO, YEVGENY

Yevtushenko, Yevgeny (1933 – ), penyair

Rusia. Kebanyakan hasil karyanya ditujukan

kepada penduduk Kesatuan Soviet selepas

berakhirnya Perang Dunia II pada tahun 1945.

Yevtushenko menguasai sepenuhnya kaedah

persembahannya dan menggunakan gaya bahasa

yang mudah difahami.

UMUM 
YELTSIN, BORIS NIKOLAYEVICH

Yeltsin, Boris Nikolayevich (1931 – ) ialah

presiden Rusia, negara luas di Eropah timur dan

Asia utara yang pada suatu masa dahulu

memimpin Kesatuan Soviet. Sehingga tahun 1991,

Rusia ialah Republik Sosialis Persekutuan Soviet

Rusia (R.S.F.S.R), republik yang terbesar di

Kesatuan Soviet.

UMUM 
123456

Kembali ke atas