Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Komitet Gosudarsvenoy Bezopanosti (KGB)Polis Rahsia SovietSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan perisikan dan keselamatan negara Kesatuan Soviet. Badan perisikan ini berada dalam kawalan politik pemimpin Kesatuan Soviet dan mempunyai kuasa dalam operasi pengintipan luar negara serta pengawalan kepada pembangkang pemerintah komunis. Badan perisikan ini juga memainkan peranan yang penting dalam hal risikan semasa Perang Dingin. Sinonim KGB.
Warsaw PactPakatan WarsawSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan yang ditubuhkan pada bulan Mei 1955 sebagai tindak balas terhadap penyertaan Republik Persekutuan Jerman sebagai anggota NATO. Pakatan ini diketuai oleh Kesatuan Soviet dan dilihat oleh Barat cuma sebagai satu pertubuhan untuk mengesahkan kehadiran tentera Kesatuan Soviet di negara anggotanya, iaitu Bulgaria, Czechoslovakia, Republik Demokratik Jerman, Hungary, Poland dan Romania. Keruntuhan kuasa Kesatuan Soviet di Eropah Timur pada tahun 1989 telah menyebabkan keruntuhan pakatan ini. Pada bulan November 1990 di Persidangan Paris, anggota pakatan ini mengisytiharkan bahawa aspek ketenteraan pakatan ini telah mati dan selepas tahun 1991, pakatan ini tidak lagi berfungsi.
detenteperedaan keteganganSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar pengurangan ketegangan yang digunakan antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat semasa Perang Dingin. Dasar ini dipelopori oleh Presiden Richard Nixon dalam menghadapi negara berfahaman komunis. Dasar ini berbeza dengan dasar pembendungan yang diamalkan sebelum ini. Dasar ini telah memulihkan hubungan baik antara Amerika Syarikat dengan China, dan kemuncaknya ialah lawatan pertama Presiden Richard Nixon ke China. Sinonim detente.
Nuremberg TribunalTribunal NurembergSains PolitikHubungan AntarabangsaTribunal yang terdiri daripada hakim Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Kesatuan Soviet dalam Perbicaraan Jenayah Perang pada tahun 1945�1946. Perbicaraan ini melibatkan 20 orang pegawai atasan Nazi atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan semasa kekuasaan Nazi di Eropah. Beberapa orang daripada pegawai ini telah dihukum mati oleh tribunal ini. Nuremberg telah menjadi satu contoh teladan dalam perbicaraan jenayah perang, dan beberapa perbicaraan lain telah dilaksanakan selepasnya seperti perbicaraan jenayah perang Tokyo selepas kekalahan Jepun, perbicaraan Eichmann (1961) dan tribunal jenayah perang Bosnia dan Rwanda.
bipolardwikutubSains PolitikTiada1. Pola perhubungan antarabangsa yang bertumpukan kepada dasar serta tindak-tanduk dua kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet pada masa era perang dingin dahulu.
iron curtaintabir besiSains PolitikHubungan AntarabangsaGarisan sempadan antara negara Eropah yang dikawal oleh Kesatuan Soviet dengan Eropah Barat. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Ethel Snowden, isteri ahli politik British daripada Parti Buruh pada tahun 1920, kemudian telah digunakan dengan meluas setelah dijadikan terkenal oleh Winston Churchill dalam syarahannya di Missouri pada tahun 1946. Istilah negara tabir besi juga merujuk kepada negara dalam blok Soviet.
North Atlantic Treaty Organization (NATO)Pertubuhan Perjanjian Atlantik UtaraSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1949.Pertubuhan ini merupakan reaksi Barat terhadap ancaman yang diterima daripada Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini pada asalnya mempunyai 12 anggota, iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada, Itali, Belanda, Belgium, Luxembourg, Denmark, Iceland, Norway dan Portugal. Keanggotaannya diperluas meliputi Greece, Turki (1952), Federal Republic of Germany (1955) dan Sepanyol (1982). Anggota pertubuhan ini bersepakat menganggap bahawa sebarang serangan terhadap mana-mana anggota sebagai serangan terhadap semua negara. Setiap anggota bertanggungjawab menolong anggota yang diserang sebagaimana yang diperlukan bagi memulihkan keselamatan kawasan Atlantik Utara. Setelah berakhirnya Perang Dingin, pertubuhan ini masih lagi dianggap relevan dan diperlukan oleh negara anggotanya. Sinonim NATO.
Intermediate Nuclear Force TreatyPerjanjian Nuklear Jarak PertengahanSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1987 untuk menghapuskan U.S. Pershing II milik Amerika Syarikat dan Soviet SS-20 Missiles milik Kesatuan Soviet. Pengharaman penggunaan kedua-dua senjata tersebut merupakan usaha yang dilakukan untuk menghapuskan senjata tertentu yang biasanya dimiliki oleh kuasa besar untuk mengelakkan perang nuklear. Sinonim INF.
League of NationsLiga BangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang Dunia Pertama oleh kuasa yang menang dalam peperangan tersebut semasa Persidangan Keamanan Paris. Great Britain dan Perancis kekal menjadi anggota pertubuhan ini sehingga dibubarkan, manakala anggota lain seperti Jerman, Kesatuan Soviet, Jepun dan Itali sama ada lewat menyertai pertubuhan ini atau menarik diri selepas beberapa waktu. Walaupun Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson merupakan penyokong kuat penubuhan organisasi ini, negara tersebut tidak menjadi anggota kerana bangkangan daripada senatnya. Selama kewujudannya, pertubuhan ini tidak berjaya menghalang pencerobohan dan kekejaman daripada terus berleluasa disebabkan ketiadaan komitmen dalam kalangan anggotanya. Antara kegagalan pertubuhan ini dalam menjaga keamanan dunia ialah penaklukan Jepun ke atas Manchuria (1931) dan penaklukan Itali terhadap Abyssinia (1935). Pertubuhan ini akhirnya telah digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Curzon LineGaris CurzonSains PolitikHubungan AntarabangsaGaris pemisah yang dibuat oleh Setiausaha Luar British, Lord Curzon sebagai sempadan antara Rusia dengan Poland pada tahun 1919. Tujuan garis pemisah ini adalah untuk persempadanan etnografi antara kumpulan etnik Poland, Lithuania, Rusia dan Ukraine. Garis ini merentasi kawasan bermula dari Hrodna, Yalivka, Nemyriv, Brest, Dorohusk, Ustyluh, bahagian timur Hrubeshiv, melintasi Kryliv, menuju ke bahagian barat Peremyshl, terus ke pergunungan Carpathian, yang membentuk sempadan timur Poland dan Ukraine. Pada bulan Julai 1920, sewaktu pencerobohan Soviet terhadap Warsaw, garis yang sama telah dicadangkan oleh Setiausaha Luar Britain sebagai sempadan Poland dengan Kesatuan Soviet (USSR). Pada tahun 1939, garis tersebut telah diterima dengan sedikit pindaan sebagai sempadan pemisah antara Jerman dengan Kesatuan Soviet. Seterusnya dalam persidangan Yelta 1945, Garis Curzon telah diterima sebagai sempadan bagi Poland dan Kesatuan Soviet.
123

Kembali ke atas