Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Korea Selatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAEGU

Taegu (pend. 2 229 040) ialah bandar raya ketiga

terbesar di Korea Selatan selepas Seoul dan Pusan.

Taegu terletak di bahagian selatan Korea Selatan

(lihat Korea [peta]). Bandar raya ini adalah pusat

perdagangan dan pendidikan.

UMUM 
KOREA SELATAN

Korea Selatan, negara yang terletak di antara garis lintang 43o U dan 34o U, dengan keluasan 100 km2 dari utara ke selatan dan 216 km2 dari timur ke barat.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SEOUL

Seoul (pend. 9 645 932) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Korea Selatan. Seoul

merupakan salah satu bandar raya terbesar di

dunia dari segi jumlah penduduknya (lihat Bandar

raya ). Seoul berfungsi sebagai pusat kebudayaan,

ekonomi, pendidikan, kewangan, kerajaan, dan

aktiviti politik Korea Selatan.

UMUM 
PARK CHUNG HEE

Park Chung Hee (1917–1979) menjadi presiden

Korea Selatan dari tahun 1963 hingga tahun 1979.

Dia mengambil kuasa sebagai ketua negara pada

tahun 1961 setelah memimpin pemberontakan

tentera menentang kerajaan awam. Pada tahun

1979, Park dibunuh oleh ketua Agensi Perisikan

Pusat negara tersebut.

UMUM 
PUSAN

Pusan (pend. 3 516 807) ialah bandar kedua

terbesar dan pelabuhan utama di Korea Selatan.

Hanya Seoul yang mempunyai lebih ramai

penduduk. Pusan terletak di pantai tenggara

Semenanjung Korea. Untuk lokasi, lihat Korea

(peta).

UMUM 
PERANG KOREA

Perang Korea (1950–1953) ialah perang pertama

yang melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) dari segi ketenteraan.

Perang Korea bermula pada 25 Jun 1950 apabila

tentera komunis Korea Utara menyerang Korea

Selatan. PBB menganggap pencerobohan itu

suatu pencabulan terhadap keamanan

antarabangsa dan menuntut agar pihak komunis

berundur dari Korea Selatan. Apabila pihak

komunis meneruskan peperangan, PBB meminta

negara-negara anggotanya supaya memberi

bantuan ketenteraan kepada Korea Selatan.

UMUM 
KOREA

Korea ialah negara di timur Asia yang terdiri

daripada dua buah negara. Salah sebuahnya

ialah Republik Korea – biasanya dikenali sebagai

Korea Selatan. Seoul ialah ibu negara dan bandar

raya terbesar. Sebuah lagi ialah Republik Rakyat

Demokratik Korea – biasanya dikenali sebagai

Korea Utara. Pyongyang ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar. Korea Utara ialah kerajaan

Komunis. Kerajaan Korea Selatan pula anti-

Komunisme.

UMUM 
KIM YOUNG SAM

Kim Young Sam (1927-  ), Presiden Republik Korea Selatan (1993–1997). Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1927 di Pulau Koje, Pusan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PANMUNJOM

Panmunjom ialah tempat berlakunya perundingan

kedamaian sementara yang mengakhiri Perang Korea

pada tahun 1953. Ia terletak di kawasan berkecuali

yang dikenali sebagai zon bebas tentera antara Korea

Utara dan Korea Selatan (lihat peta Korea).

UMUM 
LIE, TRYGVE

Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway

yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung

Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia

dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama

lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya

selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau

bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan

jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan

jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union

menentang Lie kerana sokongannya terhadap

tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie

bersara dengan harapan dapat mengendurkan

ketegangan antarabangsa.

UMUM 
12

Kembali ke atas