Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Korea Selatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
National Television Systems Committee (NTSC)Jawatankuasa Sistem Televisyen KebangsaanKomunikasiTiadaSistem televisyen warna standard yang menggunakan garisan warna 525 yang dicipta di Amerika pada pertengahan tahun 1950-an. Negara-negara yang turut menggunakan sistem ini ialah Jepun, Caribbean, beberapa buah negara di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Korea Selatan, Filipina dan Guam.
tiger economyekonomi harimauEkonomiTiadaEkonomi yang sedang mengalami pertumbuhan pesat di Asia Tenggara. Ekonomi harimau Asia merangkumi ekonomi di negara Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Taiwan yang mempunyai hab kewangan dan perdagangan yang canggih.
newly industrializing economiesekonomi industri baruEkonomiTiadaSekumpulan negara yang baru meningkat ke status negara industri kerana sektor industrinya yang besar dan dinamik serta terlibat dalam eksport keluaran industri secara besar-besaran. Contohnya, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong.
Korean WarPerang KoreaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang yang bermula pada 25 Jun 1950 apabila pasukan tentera Komunis Korea Utara melintasi garis lintang 38� untuk menawan Korea Selatan. Pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh Korea Utara kerana tidak bersetuju dengan pembahagian negara Korea kepada utara dan selatan yang dilakukan selepas kejatuhan pemerintahan Jepun pada tahun 1945. Pasukan tentera PBB yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya memaksa tentera Korea Utara berundur kembali ke utara. Peperangan yang berlarutan di Korea Utara menyebabkan China campur tangan dalam bulan Oktober 1950 bagi menyelamatkan Korea Utara. Akhirnya, pada tahun 1953 gencatan senjata dipersetujui bersama oleh pihak yang terbabit dengan syarat keadaan dikembalikan seperti sebelumnya.
administrative culturebudaya pentadbiranPentadbiranTiadaSatu set kesefahaman atau cara bekerja yang dikongsi bersama oleh anggota dalam sesebuah organisasi. Amalan ini dipengaruhi oleh norma, nilai, latar belakang, kepercayaan serta latihan organisasi atau masyarakat tersebut. Contohnya, etika kerja masyarakat di Jepun dan Korea Selatan yang telah diterapkan melalui Dasar Pandang ke Timur. Etika kerja dan slogan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mengubah budaya kerja dan tingkahlaku kakitangan kerajaan seperti pengenalan kad perakam waktu bagi memupuk budaya menepati masa.
Look East PolicyDasar Pandang ke TimurSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1982. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran negara. Dasar ini dilaksanakan dengan mencontohi etika kerja, teknik dan strategi pembangunan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Rakyat Malaysia telah dihantar ke negara tersebut untuk mengikuti pelbagai program bagi mendapatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perindustrian.
benchmarkpenanda arasPentadbiranPentadbiran Awam

Ukuran tertentu yang menjadi sasaran sebagai tahap yang ingin dicapai oleh individu, organisasi atau negara. Dengan adanya penanda aras ini segala usaha atau kerja akan diarah menuju kepada matlamat yang disasarkan. Penanda aras boleh juga dibuat secara khusus dengan merujuk kepada contoh sesuatu kerja, perkhidmatan atau barangan tertentu. Bahan atau kerja yang dirujuk selalunya berkualiti tinggi dan berdaya saing. Barangan atau khidmat yang ingin dihasilkan akan diusahakan supaya mencapai tingkat yang ditandaraskan. Budaya kerja Jepun dan Korea Selatan telah menjadi tanda aras kepada perkerja Malaysia sejak dari perlancaran Dasar Pandang Ke Timur beberapa dekad lalu. Sinonim ukur rujuk

demilitarized zone(DMZ)zon bebas tentera (DMZ)Teknologi MaklumatTiadaHos komputer atau rangkaian kecil yang diselitkan di antara rangkaian persendirian syarikat dengan rangkaian awam di luar sebagai "zon berkecuali". Zon ini menghalang pengguna di luar daripada mencapai pelayan yang mengandungi data syarikat secara terus. Zon ini merupakan pendekatan opsyenal dan lebih selamat berbanding tembok api. Ia juga beraksi dengan efektif sebagai pelayan proksi. DMZ mendapat nama daripada zon penimbal geografik yang dipasang di antara Korea Utara dengan Korea Selatan berikutan perang pada awal tahun 1950-an.
nation-statenegara bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang ditubuhkan berasaskan satu bangsa yang mempunyai pemerintah, kedaulatan dan sempadan yang jelas. Dalam negara ini, undang-undang dan dasar pemerintahan dibentuk sesuai dengan aspirasi atau kehendak bangsa yang menghuni negara tersebut. Negara bangsa dianggap sudah terbentuk apabila warganegaranya merasakan mereka merupakan satu bangsa yang mendukung tamadun dan budaya yang sepunya dan tidak lagi menonjolkan isu seperti tuntutan pemisahan wilayah, perbezaan dan konflik ras, minoriti, keterpinggiran dan diskriminasi. Walaupun wujud perbezaan kaum, agama atau bahasa dalam negara ini, kemajmukan ini masih boleh bersatu dalam satu bangsa. Namun begitu, kewujudan satu bangsa yang sepadu dalam sebuah negara agak sukar dicapai kerana dalam kebanyakan negara, isu-isu di atas masih wujud dan sukar diatasi. Contoh negara bangsa yang berjaya ialah Jepun dan Korea Selatan.
Newly Industrialised Countries (NICS)Negara-Negara Industri BaruSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah ini mula digunakan oleh ahli sains sosial sejak tahun 1970-an apabila munculnya beberapa buah negara Dunia Ketiga yang dinamik, mengamalkan demokrasi, politik yang stabil, mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mempunyai keadaan sosial yang lebih baik berbanding negara Dunia Ketiga lain. Pertumbuhan pesat ekonomi negara ini adalah akibat daripada polisi pasaran bebas dan pertukaran ekonomi yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri, pelbagai produk dan perkhidmatan. Antara negara NIC ialah Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, India, Argentina, Brazil, Turki dan Afrika Selatan. Sinonim NICS.
12

Kembali ke atas