Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Korean WarPerang KoreaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang yang bermula pada 25 Jun 1950 apabila pasukan tentera Komunis Korea Utara melintasi garis lintang 38� untuk menawan Korea Selatan. Pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh Korea Utara kerana tidak bersetuju dengan pembahagian negara Korea kepada utara dan selatan yang dilakukan selepas kejatuhan pemerintahan Jepun pada tahun 1945. Pasukan tentera PBB yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya memaksa tentera Korea Utara berundur kembali ke utara. Peperangan yang berlarutan di Korea Utara menyebabkan China campur tangan dalam bulan Oktober 1950 bagi menyelamatkan Korea Utara. Akhirnya, pada tahun 1953 gencatan senjata dipersetujui bersama oleh pihak yang terbabit dengan syarat keadaan dikembalikan seperti sebelumnya.
nuclear proliferationpenyebaran nuklearSains PolitikHubungan AntarabangsaPenyebaran senjata nuklear ke seluruh negara oleh pihak lain kepada pihak lain. Selain itu, aktiviti ini juga bermaksud penyebaran pengetahuan dan teknologi nuklear yang mungkin digunakan bagi tujuan ketenteraan. Penyebaran nuklear dianggap sebagai satu masalah dunia kerana ditakuti perkembangan ini akan meningkatkan kemungkinan penggunaan senjata nuklear dalam peperangan. Contohnya, penyebaran nuklear yang berlaku di Iran dan Korea Utara.
demilitarized zone(DMZ)zon bebas tentera (DMZ)Teknologi MaklumatTiadaHos komputer atau rangkaian kecil yang diselitkan di antara rangkaian persendirian syarikat dengan rangkaian awam di luar sebagai "zon berkecuali". Zon ini menghalang pengguna di luar daripada mencapai pelayan yang mengandungi data syarikat secara terus. Zon ini merupakan pendekatan opsyenal dan lebih selamat berbanding tembok api. Ia juga beraksi dengan efektif sebagai pelayan proksi. DMZ mendapat nama daripada zon penimbal geografik yang dipasang di antara Korea Utara dengan Korea Selatan berikutan perang pada awal tahun 1950-an.

Kembali ke atas