Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj binatang reptilia dlm keluarga yg mempunyai kulit yg keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat; jenis-jenis: ~ bukit = ~ duri, Heosemys spinosa; ~ daun, Cyclemys dentata; ~ gergasi, Geochelone gigantea; ~ katup = ~ padi, Cuora ambionensis; ~ paya, Siebenrockeilla crassicolis; 2. = kekura sesuatu yg menyerupai binatang kura-kura; kunci ~ kunci gantung; ~ jendela bingkai jendela; ~ kaki bahagian kaki yg melengkung di antara buku lali dan jari, punggung kaki; ~ tangan bahagian tangan yg kebalikan tapak tangan, punggung tangan; ~ dlm perahu prb perbuatan yg bodoh; ~ pandai kerebat kayu = spt ~ hendak memanjat pohon kayu prb orang yg hendak melakuĀ­kan sesuatu yg mustahil dapat dilakukannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kekura beberapa jenis binatang melata berkaki empat yg kulit belakangnya keras dan dpt hidup di air atau di darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , kekura beberapa jenis binatang melata berkaki empat yg kulit belakangnya keras dan dpt hidup di air atau di darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kura-kura

Puisi
 

Kura-kura mati kutekan,
     Kutekan mari jariku manis;
Pura-pura melagau makan,
     Di dalam hatinya jua menangis.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kayu yang tumbang itu,
     kura-kura pun hendak memanjatnya.

Bermaksud :

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
form (bentuk replikatif) Molekul asid nukleik bebenang ganda dua yang wujud sebagai perantara semasa pembiakan sesetengah virus. (BIO) reptilia (reptilia) Kelas vertebrat berdarah sejuk seperti buaya, cicak, ular, penyu dan kura-kura. Ciri haiwan daripada kelas ini antaranya mempunyai kulit yang ditutupi sisik, telur bercangkerang dengan pelindung amnion dan alantois di dalam telur, jan - tung yang terdiri daripada dua aurikel dan satu

Kembali ke atas