Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj binatang reptilia dlm keluarga yg mempunyai kulit yg keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat; jenis-jenis: ~ bukit = ~ duri, Heosemys spinosa; ~ daun, Cyclemys dentata; ~ gergasi, Geochelone gigantea; ~ katup = ~ padi, Cuora ambionensis; ~ paya, Siebenrockeilla crassicolis; 2. = kekura sesuatu yg menyerupai binatang kura-kura; kunci ~ kunci gantung; ~ jendela bingkai jendela; ~ kaki bahagian kaki yg melengkung di antara buku lali dan jari, punggung kaki; ~ tangan bahagian tangan yg kebalikan tapak tangan, punggung tangan; ~ dlm perahu prb perbuatan yg bodoh; ~ pandai kerebat kayu = spt ~ hendak memanjat pohon kayu prb orang yg hendak melakuĀ­kan sesuatu yg mustahil dapat dilakukannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kekura beberapa jenis binatang melata berkaki empat yg kulit belakangnya keras dan dpt hidup di air atau di darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , kekura beberapa jenis binatang melata berkaki empat yg kulit belakangnya keras dan dpt hidup di air atau di darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kura-kura

Puisi
 

Kura-kura mati kutekan,
     Kutekan mari jariku manis;
Pura-pura melagau makan,
     Di dalam hatinya jua menangis.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kayu yang tumbang itu,
     kura-kura pun hendak memanjatnya.

Bermaksud :

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tortoise beetlekumbang kura-kuraPertanianTiadaTiada
spleenlimpaPerubatanTiadaOrgan berbentuk seperti kura-kura yang terletak di bahagian atas dan kiri abdomen. Organ ini berfungsi dalam pemusnahan sel darah merah, penapisan dan penyimpanan darah serta penghasilan limfosit.
plastronplastronBiologiHistologi dan Sitologi1. Perisai bertulang pada ventral kura-kura dan penyu. 2. Stermum araknid. 3. Lapisan gas atau gelembung udara pada bulu yang melapisi epikutikel serangga akua.
testudo (L)testudoKesenianTiadaAlat tali yang dipetik dan penggemanya dibuat daripada kulit kura-kura.
hoofhufBiologiHistologi dan SitologiSatu daripada plat bersegi yang terdapat pada conet cangkerang penyu atau kura-kura.
biocontrol agentagen biokawalanPertanianAgroteknologiOrganisma yang dapat digunakan untuk mengawal serangga perosak dan penyakit. Contohnya, kumbang kura-kura boleh mengawal populasi afid kerana ia merupakan musuh semula jadi afid. Contoh lain ialah burung hantu yang dapat mengawal populasi tikus di kawasan padi dan kelapa sawit. Kaedah agen biokawalan adalah mesra alam kerana ia tidak menggunakan bahan kimia dan sasarannya hanya kepada makhluk perosak.
haplogiesusut bunyiKesusasteraanTiadaPengurangan yang terjadi pada sesebuah kata atau kalimat kerana dua suku katanya yang sebunyi hanya diucapkan sekali sahaja. Contoh: laki-laki menjadi lelaki, kura-kura menjadi kekura, langit-langit menjadi lelangit.
bone toolalatan tulangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada tulang untuk kegunaan seharian oleh masyarakat prasejarah. Di Malaysia, alat tulang yang biasa ditemui terdiri daripada tulang, gigi dan tanduk binatang seperti babi, gajah, badak sumbu, lembu liar, rusa, landak, tikus, tupai, monyet dan kura-kura. Antara alat tulang yang dihasilkan ialah pahat, cincin, penyepit, anak panah, manik, kapak, penebuk lubang, pengikis, pisau dan pemegang hulu. Antara tempat ditemui bahan ini ialah di Gua Niah (Sarawak), Gunung Bewah (Ulu Terengganu), Gua Kelawar (Sungai Siput), Gua Bintong (Perlis) dan Gua Kechil (Pahang).
turn the turtlelentangkan kuraPendidikanTiadaTiada

Kembali ke atas