Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kutub di selatan bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kutub Selatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUTUB SELATAN

Kutub Selatan ialah istilah yang digunakan

untuk beberapa titik permukaan tidak kelihatan di

kawasan Antartika. Yang paling terkenal ialah kutub

geografi selatan. Tetapi Kutub Selatan penting yang

lain termasuk kutub selatan seketika, kutub selatan

imbangan, kutub selatan magnet, dan kutub selatan

geomagnet.

UMUM 
ANTARTIKA

Antartika ialah benua yang ditimbusi oleh ais

yang merangkumi dan mengelilingi Kutub Selatan.

Kawasan bumi yang hampir kontang ini paling

sejuk dan diliputi ais yang paling tebal di dunia.

Kawasan ini lebih sejuk sedikit daripada kawasan

di sekitar Kutub Utara. Kutub Utara terletak di

Lautan Artik. Tetapi Kutub Selatan terletak di

tengah-tengah benua Antartika, di atas penara yang

sentiasa berangin yang kekal dilitup ais dan salji.

UMUM 
MERIDIAN

Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob

dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap

garisan mengelilingi separuh glob dan

bersambung dengan garisan yang satu lagi pada

kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian.

Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua

kutub membentuk edaran meridian. Garisan

meridian digunakan untuk mengukur longitud,

iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang

melalui Greenwich, England.

UMUM 
AMUNDSEN, ROALD

Amundsen, Roald (1872–1928), penjelajah

Norway, mengetuai ekspedisi yang pertama

sampai di Kutub Selatan. Amundsen dan empat

orang rakannya menemui kutub tersebut pada 14

Disember 1911. Mereka mendahului ekspedisi

Inggeris yang diketuai oleh Robert F. Scott lima

minggu lebih awal. Amundsen juga terkenal

kerana kerap membuat penjelajahan di Artik.

UMUM 
KHATULISTIWA

Khatulistiwa ialah garisan bayangan di keliling

dunia yang terletak di tengah-tengah di antara

Kutub Utara dengan Kutub Selatan.

UMUM 
SFEROID

Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera

tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah

sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan

Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari

Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah

sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya

melebihi ukuran lebarnya.

UMUM 
KUTUB

Kutub. Bumi sentiasa berputar mengikut garis

khayalannya yang dipanggil paksi. Paksi akan

bergerak melalui bahagian tengah bumi dan

berakhir di salah satu kutub. Paksi di hujung

utara merupakan Kutub Utara iaitu 90 darjah

utara khatulistiwa. Manakala Kutub Selatan ialah

di selatan hujung paksi iaitu 90 darjah selatan

khatulistiwa.

UMUM 
SCOTT, ROBERT FALCON

Scott, Robert Falcon (1868–1912) ialah

penjelajah dan pegawai tentera laut British yang

merupakan orang pertama sampai di penara Kutub

Selatan. Dia sampai di kawasan itu dalam ekspedisi

yang dilakukannya dari tahun 1901 hingga tahun

1904. Pada 30 Disember 1902, Scott sampai di latitud

82 ° 17’, kira-kira 840 kilometer dari Kutub Selatan

yang sebenar. Latitud yang dijejaki oleh Scott

merupakan jarak paling ke selatan yang pernah

ditempuhi manusia.

UMUM 
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE

Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912)

ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi

British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten

Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu

pada tahun 1910 dan pada tahun 1912

menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang

sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang,

dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran

untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli

lain. Dengan semangat kepahlawanan yang

sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga

menemui maut dalam ribut salji. Semasa

meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu

keluar; mungkin agak lama.”

Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan

tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir,

dan India.

UMUM 
BULATAN ANTARTIK

Bulatan Antartik ialah garisan bayangan yang

membentuk sempadan utara Antartik. Titik pada

Bulatan Antartik terletak pada garisan lintang

selatan 66°30’ selatan, lebih kurang 2620 kilometer

dari geografi kutub selatan.

UMUM 
12

Kembali ke atas