Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kutub di utara bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUTUB UTARA

Kutub Utara ialah istilah yang digunakan untuk

titik permukaan tidak kelihatan yang terletak di

rantau Artik. Istilah yang paling terkenal ialah kutub

utara geografi. Walau bagaimanapun, Kutub Utara

lain yang penting termasuk kutub utara seketika,

kutub utara imbangan, kutub utara magnet, dan

kutub utara geomagnet.

UMUM 
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998

Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi

yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan

Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan

berani bersaing dengan negara-negara maju dunia.

Ekspedisi yang dinamakan ‘Ekspedisi Terjun Bebas

Kutub Utara’ ini dilancarkan oleh Perdana Menteri

Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29

Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau

dikenali sebagai ‘Rahim King’.

UMUM 
ANTARTIKA

Antartika ialah benua yang ditimbusi oleh ais

yang merangkumi dan mengelilingi Kutub Selatan.

Kawasan bumi yang hampir kontang ini paling

sejuk dan diliputi ais yang paling tebal di dunia.

Kawasan ini lebih sejuk sedikit daripada kawasan

di sekitar Kutub Utara. Kutub Utara terletak di

Lautan Artik. Tetapi Kutub Selatan terletak di

tengah-tengah benua Antartika, di atas penara yang

sentiasa berangin yang kekal dilitup ais dan salji.

UMUM 
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM 
MERIDIAN

Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob

dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap

garisan mengelilingi separuh glob dan

bersambung dengan garisan yang satu lagi pada

kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian.

Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua

kutub membentuk edaran meridian. Garisan

meridian digunakan untuk mengukur longitud,

iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang

melalui Greenwich, England.

UMUM 
KHATULISTIWA

Khatulistiwa ialah garisan bayangan di keliling

dunia yang terletak di tengah-tengah di antara

Kutub Utara dengan Kutub Selatan.

UMUM 
ARTIK

Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di

sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik,

beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua

Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama

percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus

tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah

dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali

Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua

kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada

musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga

tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak

menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim

sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan

kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian

waktu siang, dari bulan Mac hingga September.

UMUM 
SFEROID

Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera

tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah

sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan

Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari

Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah

sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya

melebihi ukuran lebarnya.

UMUM 
KUTUB

Kutub. Bumi sentiasa berputar mengikut garis

khayalannya yang dipanggil paksi. Paksi akan

bergerak melalui bahagian tengah bumi dan

berakhir di salah satu kutub. Paksi di hujung

utara merupakan Kutub Utara iaitu 90 darjah

utara khatulistiwa. Manakala Kutub Selatan ialah

di selatan hujung paksi iaitu 90 darjah selatan

khatulistiwa.

UMUM 
MACMILLAN, DONALD BAXTER

MacMillan, Donald Baxter (1874–1970),

penjelajah kutub Amerika yang banyak memberikan

pengetahuan tentang Greenland dan Artik Kanada.

Dia mendahului kepercayaan bahawa kawasan

glasier sedang bergerak ke selatan. MacMillan

menemui longgokan batu arang di kawasan sembilan

darjah dari Kutub Utara. Longgokan ini merupakan

sisa 36 jenis pokok dan menunjukkan bahawa iklim di

kawasan tersebut pada suatu masa dahulu tidak

sesejuk itu.

UMUM 
12

Kembali ke atas