Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kuwait


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUWAIT

Kuwait ialah sebuah negara Arab yang kecil

terletak di barat daya Asia, iaitu di hujung sebelah

utara Teluk Parsi. Ia bersempadan dengan Iraq dan

Arab Saudi. Tanah padang pasir ini merupakan

salah satu daripada pengeluar minyak petroleum

utama di dunia. Ia mempunyai lebih daripada satu

per sepuluh rizab petroleum dunia yang diketahui.

UMUM 
SHAYKH JABIR AL-AHMAD AL-SABAH

Shaykh Jabir al-Ahmad al-Sabah (1926– ),

menjadi amir (pemerintah) Kuwait pada tahun 1977.

Dia ialah anak lelaki ketiga Shaykh Ahmad al-Jabir,

yang memerintah Kuwait dari tahun 1921 hingga

tahun 1950.

UMUM 
MAJLIS KERJASAMA TELUK

Majlis Kerjasama Teluk ialah sebuah

organisasi negara-negara Arab yang bekerjasama

dalam bidang-bidang tertentu seperti pertahanan,

tentera dan dasar ekonomi. Enam negara yang

menganggotainya, iaitu Bahrain, Kuwait, Oman,

Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu.

UMUM 
PERANG TELUK PARSI

Perang Teluk Parsi berlaku pada awal tahun

1991 antara Iraq dengan gabungan 39 buah

negara yang ditubuhkan terutamanya oleh

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB). Perang berlaku terutamanya di Iraq

dan Kuwait, negara kecil yang kaya dengan

minyak, yang telah diserang dan diduduki oleh

Iraq . Kedua-dua negara ini terletak bersebelahan

antara satu sama lain di hujung utara Teluk Parsi.

Negara utama dalam gabungan tersebut yang

menewaskan Iraq termasuk Mesir, Perancis, Arab

Saudi, Syria, United Kingdom dan Amerika

Syarikat.

UMUM 
SEMENANJUNG TANAH ARAB

Semenanjung Tanah Arab, gurun yang

gersang yang terletak di barat daya Asia.

Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara

Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada

negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar

dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali

sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan

pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah

Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi

oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya

amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian

tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada

musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung

Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi

terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak

yang terbesar di dunia.

UMUM 
TIMUR TENGAH

Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas

meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat

Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak

sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi

kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun

mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi

negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq,

Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar,

Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah

Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan

kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi.

Penduduknya pula mencecah 262 juta orang.

UMUM 
KELUARGA DIRAJA

Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja

berperlembagaan yang memerintah, – iaitu raja,

ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja

berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh

seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara,

dan juga anggota keluarganya yang terdekat – isteri

atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa.

Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan

keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka

yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di

kebanyakan negara – United Kingdom contohnya–

raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan

sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan.

Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai

kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja.

Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait

bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya

tidak mempunyai asal usul dari keturunan

bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi.

UMUM 

Kembali ke atas