Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kuwait


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sanctionsanksiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHukuman yang dikenakan kerana melanggar undang-undang atau triti. Sanksi termasuklah sekatan ekonomi, sanksi ketenteraan dan pemecatan. Contohnya, Majlis Keselamatan PBB pernah mengenakan sekatan ekonomi dan sanksi ketenteraan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Contoh lain ialah Rhodesia dan Afrika Selatan yang pernah dikenakan sekatan ekonomi sewaktu mereka menjalankan Pengisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak (UDI) yang membawa kepada pemerintahan minoriti kulit putih (Rhodesia) dan dasar Aparteid (Afrika Selatan).
persona non gratapersona non grataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang asing yang tidak dialu-alukan daripada memasuki sesebuah negara atau kekal berada di dalam sesebuah negara. Sesebuah negara boleh mengisytiharkan seseorang diplomat asing sebagai persona non grata, sebagai satu kaedah teguran paling serius kepada diplomat asing yang dilindungi oleh kekebalan dan ketakbolehcabulan daripada tangkapan dan pendakwaan. Pengisytiharan persona non grata biasanya disebabkan oleh diplomat tersebut didapati terlibat dalam kegiatan mengintip, cubaan menggulingkan kerajaan atau mencampuri urusan dalaman negara berkenaan. Pengisytiharan penolakan ini terkandung dalam Perkara 32 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 yang menyatakan bahawa negara penerima berhak untuk tidak menyatakan alasan atas pengisytiharan persona non grata tersebut. Contohnya, pada tahun 2011, pemerintah Kuwait telah mengumumkan sejumlah diplomat Iran sebagai persona non grata atas tuduhan melakukan intipan, yang menyebabkan mereka diusir dari Kuwait.
monarchymonarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang meletakkan institusi raja sebagai pemerintah yang memiliki kuasa yang mutlak, di luar kawalan undang-undang dan boleh melaksanakan sebarang tindakan tanpa batasan. Sistem penggantian kuasanya melalui warisan dan anak yang tertua atau anak lelaki yang terdekat bakal mewarisi takhta seperti yang terdapat di Brunei Darussalam, Kuwait dan Arab Saudi. Pemerintahan ini menolak sebarang persaingan dan tidak membenarkan kehadiran parti politik. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa negara yang mengamalkan monarki terhad atau berperlembagaan. Monarki jenis ini wujud dalam negara yang bersifat demokrasi seperti Malaysia, Jepun, Thailand dan Great Britain.
powerkuasaSains PolitikHubungan AntarabangsaKesanggupan aktor untuk mempengaruhi, mengugut dan menghukum tingkah laku pihak lain walaupun bertentangan dengan kemahuan pihak di negara tersebut. Pemegang kuasa mempunyai keupayaan tertentu untuk mengubah dasar negara lain untuk mengikut arahan negara tersebut. Terdapat pelbagai bentuk kuasa seperti pemujukan secara rasional, ekonomi, budaya, teknologi dan ketenteraan. Kuasa ketenteraan biasanya digunakan sebagai tindakan akhir. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa ketenteraan terhadap Iraq kerana penaklukan Iraq terhadap Kuwait pada tahun 1990.
international blockadesekatan antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaTeknik yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap sesebuah negara tertentu yang enggan menurut kehendak negara lain. Teknik ini ialah alat untuk memaksa negara tersebut mengubah perilakunya atau menghindarinya daripada melakukan perkara yang tidak diingini oleh negara lain. Contohnya, teknik yang telah digunakan oleh PBB terhadap Iraq kerana menceroboh negara Kuwait.
resolutionresolusiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKetetapan yang dibuat oleh pertubuhan antarabangsa mengenai sesuatu isu atau pertikaian. Terdapat resolusi yang mengikat dan resolusi yang tidak mengikat. Resolusi Majlis Keselamatan yang diluluskan di bawah Bab VII Piagam PBB adalah mengikat. Contohnya, resolusi untuk mengenakan sanksi ekonomi dan ketenteraan terhadap Iraq yang melanggar Piagam PBB apabila menawan Kuwait pada tahun 1990. Resolusi Perhimpunan Agung PBB pula adalah tidak mengikat.
international blockadesekatan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSekatan yang dilakukan oleh sesebuah negara atau pertubuhan dunia terhadap sesebuah negara lain yang telah melanggar undang-undang antarabangsa. Sekatan ini merupakan suatu teknik atau alat yang digunakan untuk memaksa negara tersebut supaya mengubah perilakunya atau tidak melakukan perkara yang tidak diingini oleh negara lain. Contohnya, sekatan antarabangsa (sekatan ekonomi) telah digunakan oleh PBB terhadap Iraq kerana menceroboh Kuwait pada tahun 1990.
patriarchypatriarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem sosial, politik atau kekeluargaan yang meletakkan lelaki sebagai pemimpin utama. Dalam sistem ini, ketua bagi keluarga, masyarakat atau negara mestilah seorang lelaki dan dalam konteks sosial lazimnya Ielaki yang paling tua. Keputusan penting dalam masyarakat dan keluarga akan diputuskan oleh golongan lelaki. Kedudukan wanita pula tidak mendapat keutamaan dalam masyarakat yang bersifat patriarki ini. Kebanyakan negara Arab bersifat patriarki seperti Arab Saudi, Kuwait, Maghribi, Iraq dan Jordan.
just of war (jur ad bellum)hukum perangSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang berkaitan dengan keadaan yang menjadikan perbuatan peperangan sebagai suatu tindakan yang adil dan betul. Kebanyakan perbahasan tentang hukum perang bersepakat menetapkan hukum ini sebagai adil dan betul apabila sesebuah negara berperang atas dasar membela diri, termasuk berperang kerana membela pihak ketiga yang lemah dan tidak berupaya membela diri sendiri. Hujah pembelaan pihak ketiga yang lemah ini pernah digunakan dalam PBB untuk menjustifikasikan Perang Teluk atau serangan terhadap Iraq yang telah menceroboh Kuwait yang lemah.
military sanctionsanksi ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq.
12

Kembali ke atas