Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lautan Artik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAUTAN ARTIK UMUM 
MURMANSK

Murmansk (pend. 412 000), pelabuhan utama

Rusia di Lautan Artik. Ia merupakan bandar

terbesar di utara Bulatan Artik. Arus Telukan yang

panas menyebabkan pelabuhan ini tidak dilitupi ais

sepanjang tahun. Murmansk terletak di kawasan

tanah rata, kawasan tiada berpokok di bahagian

utara Semenanjung Kola. Ia bersempadan dengan

Serokan Kola, cabang Lautan Artik. Untuk lokasi,

lihat Rusia, (peta politik).

UMUM 
MAELSTROM

Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di

Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di

kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan

pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam

pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom

menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup

bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang

dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk

pusaran yang sangat besar dan boleh

memusnahkan kapal-kapal kecil.

UMUM 
NOVAYA ZEMLYA

Novaya Zemlya ialah nama dalam bahasa Rusia

bagi dua buah pulau di Lautan Artik yang dimiliki

oleh Rusia. Nama itu bermakna tanah baru. Keluasan

pulau utara adalah kira-kira 52 000 kilometer persegi,

sementara pulau selatan adalah kira-kira 38 800

kilometer persegi. Pulau-pulau ini mempunyai

gabungan garisan pantai 2736 kilometer.

UMUM 
AMERIKA UTARA

Amerika Utara, benua ketiga terbesar di dunia

selepas benua Asia dan Afrika. Ia menganjur dari

Lautan Artik di utara ke Amerika Selatan di selatan.

Amerika Utara mempunyai bilangan penduduk

yang keempat teramai di dunia selepas Asia,

Afrika, dan Eropah.

UMUM 
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM 
ARTIK

Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di

sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik,

beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua

Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama

percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus

tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah

dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali

Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua

kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada

musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga

tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak

menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim

sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan

kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian

waktu siang, dari bulan Mac hingga September.

UMUM 
ARUS LABRADOR

Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang

bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang

pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat

yang berhampiran dengan pulau Newfoundland

apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh

Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New

England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di

Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira

setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh

arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di

Kepulauan British yang terletak pada latitud yang

sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada

perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan

tersebut bebas daripada ais sebahagiannya

disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila

udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan

angin panas dan lembap di atas Arus Telukan,

kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga

Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak).

UMUM 
SUNGAI OB

Sungai Ob ialah salah satu sungai utama Rusia di

Asia. Ia bermula dari Gunung Altai di barat Siberia

dan mengalir ke arah barat laut sejauh 3650 kilometer

sebelum masuk ke dalam Lautan Artik melalui Teluk

Ob (Obskaya Guba). Sungai ini menyaliri kawasan

seluas 2 914 250 kilometer persegi.

UMUM 
SUNGAI LENA

Sungai Lena ialah jalan air utama di sebuah daerah

besar di timur Siberia. Sungai ini bermula di cerun

Pergunungan Baikal dan mengalir ke timur laut

sejauh 4400 kilometer. Sungai ini mengalir masuk ke

Lautan Artik melalui Laut Laptev. Delta sungai ini kira-kira

402 kilometer lebar. Kapal dapat memudiki

sungai ini sejauh 3200 kilometer.

UMUM 
12

Kembali ke atas