Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lautan Selatan

Puisi
 

Kapal belayar tengah lautan,
     Tenggelam timbul pukul taufan;
Datang ribut barat selatan,
     Belum saya buang muatan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUSTRALIA

Australia ialah satu-satunya negara yang juga

sebuah benua. Dari segi keluasan, Australia adalah

negara yang keenam terbesar dan benua yang

terkecil. Australia terletak di antara Lautan Pasifik

Selatan dengan Lautan Hindi. Bahagian Lautan Hindi

di selatan Australia dinamakan Lautan Selatan di

negara ini. Australia terletak kira-kira 11 000 kilometer

di barat daya Amerika Utara dan kira-kira 3000

kilometer di tenggara tanah besar Asia. Australia

sering dirujuk “sebagai negara bawah angin” kerana

ia pada keseluruhannya terletak di dalam Hemisfera

Selatan. Nama Australia berasal daripada perkataan

Latin australis , yang bermakna selatan . Nama rasmi

negara ini ialah Komanwel Australia .

UMUM 
TAHITI

Tahiti , pulau yang terletak di selatan Lautan Pasifik

dan terkenal dengan keindahannya yang eksotik

dan iklim tropikanya. Ia adalah pulau yang terbesar

di Polinesia Perancis, tanah jajahan Perancis yang

terdiri daripada lima buah pulau utama. Tahiti

adalah salah sebuah daripada 14 buah Kepulauan

Society. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik

(peta). Papeete adalah bandar yang terbesar dan

pelabuhan utama Tahiti. Bandar ini juga ialah ibu

wilayah Polinesia Perancis.

UMUM 
PULAU NORFOLK

Pulau Norfolk ialah sebuah wilayah Australia di

selatan Lautan Pasifik. Ia terletak lebih 1600

kilometer ke timur laut Sydney dan lebih 1000

kilometer ke barat laut Auckland, New Zealand.

Wilayah ini terdiri daripada pulau utama – Pulau

Norfolk – dan dua buah pulau kecil yang tidak

didiami – Pulau Philip dan Pulau Nepean. Ia

mempunyai seorang pentadbir yang dilantik oleh

gabenor jeneral Australia. Pentadbir ini

bertanggungjawab kepada kerajaan Australia

melalui Jabatan Wilayah di Canberra. Dewan

Undangan Pulau Norfolk berkuasa untuk

menggubal undang-undang yang berkaitan

dengan pelbagai perkara. Tiada cukai pendapatan

di Pulau Norfolk, tetapi terdapat levi kecil bagi

menampung kos kerja raya.

UMUM 
TONGAGugusan pulau-pulau di Lautan pasifik Selatan.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PULAU PITCAIRN

Pulau Pitcairn ialah pulau kecil dan terpencil di

Lautan Pasifik Selatan. Ia terletak di sebelah selatan

Garisan Jadi, kira-kira 8000 kilometer di timur

Australia . Untuk lokasi, liha t Kepulauan Pasifi k

(peta). Pulau Pitcairn terkenal kerana menjadi

tempat tinggal pemberontak kapal Tentera Laut

Britain , Bounty .

UMUM 
NIUE

Niue ialah negeri kepulauan yang berkerajaan

sendiri di Lautan Pasifik Selatan. Ia terletak kira-kira

480 kilometer di timur laut Tonga dan kira-kira 560

kilometer di tenggara Samoa Barat. Lihat

Kepulauan Pasifik (peta). Keluasan Niue adalah

21 kilometer panjang dan 18 kilometer lebar.

UMUM 
ARUS LABRADOR

Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang

bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang

pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat

yang berhampiran dengan pulau Newfoundland

apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh

Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New

England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di

Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira

setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh

arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di

Kepulauan British yang terletak pada latitud yang

sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada

perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan

tersebut bebas daripada ais sebahagiannya

disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila

udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan

angin panas dan lembap di atas Arus Telukan,

kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga

Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak).

UMUM 
ARUS PERU

Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar

tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan

perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat

Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu

airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi

permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut.

Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin

meniup air permukaan yang panas, menyebabkan

air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan.

Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat

Humboldt, Baron von ).

UMUM 
AMERIKA UTARA

Amerika Utara, benua ketiga terbesar di dunia

selepas benua Asia dan Afrika. Ia menganjur dari

Lautan Artik di utara ke Amerika Selatan di selatan.

Amerika Utara mempunyai bilangan penduduk

yang keempat teramai di dunia selepas Asia,

Afrika, dan Eropah.

UMUM 
SAMOA

Samoa ialah gugusan pulau di Lautan Pasifik

Selatan. Gugusan pulau-pulau ini dahulunya

dinamakan Navigators Islands kerana pembuatan

kanu yang baik oleh orang Samoa. Samoa meliputi

kawasan seluas 3039 kilometer persegi dan

mempunyai penduduk lebih kurang 193 000 orang.

Hampir kesemua penduduknya adalah orang

Polinesia.

UMUM 
123456

Kembali ke atas