Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat utk menumbuk (padi, lada, dll), lompang: yg pekak pembakar meriam, yg buta penghembus ~; ~ batu lesung yg diperbuat drpd batu (biasanya utk menumbuk sambal); ~ hindik (kaki) lesung yg diperbuat drpd kayu dan dipijak dgn kaki; ~ kisaran sj perkakas utk mengisar padi; ~ mata soket mata; ~ pengemping lesung tempat menumbuk emping; ~ pinang gobek; ~ pipit (pipi) = lesung-lesung lekuk kecil pd pipi, cawak; ~ mencari alu (antan) prb perempuan men­cari lelaki; ke mana dialih, ~ berdedak juga prb pekerjaan yg selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerja­kan nescaya akan merugikan dan menyusah­kan juga; menumbuk di ~, bertanak di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; menumbuk di periuk, bertanak di ~ prb melakukan sesuatu yg menyalahi kebiasaan; sebuah ~ seekor ayam jantannya (gedangnya) prb bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpinnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat penumbuk padi (lada dll). ~ batu lesung yg dibuat drpd batu (utk menumbuk lada). ~ kaki (hindik) lesung yg dibuat drpd kayu dan dihindik dgn kaki. ~ kisaran sj alat utk mengisar padi. ~ pengemping lesung tempat menumbuk padi muda utk dijadikan emping. ~ pinang lesung tempat menumbuk pinang dan sirih supaya lumat. ~ pipit (pipi) lekuk kecil pd pipi; cawak pipi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lesung

Puisi
 

Rosak lesung kerana antan,
     Sebab menumbuk padi puteri;
Hilang buntat berganti intan,
     Baru jadi sinar negeri.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.

Bermaksud :

Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antan dan lesungantan dan lesungMuzikTiada

Alat muzik traditional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dihentak. Antan, iaitu dua hingga empat batang kayu dihentak secara pantas pada padi di dalam lesung yang berbentuk segi empat bujur. Aktiviti ini akan menghasilkan rentak tertentu yang diulangi secara berturut-turut. Antan dan lesung dimainkan dalam ensembel tumbuk kalang di Negeri Sembilan. Alat muzik ini juga terdapat di Sabah dan di Sarawak.

mortar and pestlealu dan lesungHerbaTiadaSepasang peralatan yang digunakan untuk mengisar dan mencampurkan bahan pepejal atau separa pepejal herba. Alu ialah alat penumbuk atau pengisar manakala lesung merupakan bekas seperti mangkuk. Alu dan lesung biasanya dibuat daripada bahan seperti tembikar, marmar atau kaca.
agate mortarlesung akikKimiaTiadaBekas seperti lesung untuk menghancurkan bahan-bahan keras menjadi serbuk.
cup arthroplastyartroplasti lesungPerubatanTiadaPembaikpulihan permukaan sendi pinggul dengan menyelaputi sendi pinggul dengan lesung vitalium secara pembedahan. Sin: artroplasti acuan Smith-Peterson.
ball and socket jointsendi lesungPentadbiran PerniagaanTiadaSendi yang terbentuk di antara hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan hujung tulang yang berbentuk lesung.
mortarlesungKimiaKimia AnalisisBekas berlekuk yang diperbuat daripada gelas, besi, akik atau loyang. Ia digunakan untuk melumatkan pepejal dengan menggunakan alu.
mortarmortar; lesungPerubatanTiadaTiada
dimplecawak; lesung pipitPerubatanTiadaTiada
dimplecawak; lesung pipitKejuruteraanTiadaTiada
dimplecawak; lesung pipitGeologiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas