Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Libya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBYA

Libya ialah sebuah negara Arab yang terletak

di utara Afrika di pesisir Laut Mediterranean. Ia

berjiran dengan Mesir dan Sudan di bahagian

timur, Chad dan Nigeria di bahagian selatan dan

juga Algeria dan Tunisia di bahagian barat. Tripoli

merupakan bandar terbesar dan ibu negara Libya.

UMUM 
QADHAFI, MUAMMAR MUHAMMAD AL-

Qadhafi, Muammar Muhammad al- ( 1361

H.– /1942 M. – ) ialah Presiden Republik Arab

Libya. Dia adalah pemimpin Revolusi September

1969 yang menggulingkan pemerintahan beraja di

Libya. Al-Qadhafi lahir di daerah Sirt dan daripada

keluarga petani dan pengembala. Justeru, dia

dibesarkan dalam keadaan yang daif. Dia lulus

dari maktab tentera pada tahun 1965 dengan

pangkat leftenan. Dia dihantar ke Britain untuk

menyambung pelajaran dalam Akademi Tentera

Diraja St Hurst.

UMUM 
NEGERI-NEGERI BARBAR

Negeri-negeri Barbar, dahulunya terletak di

sepanjang pantai Afrika Utara. Kawasan ini kini

merupakan sebahagian daripada Algeria, Libya,

Maghribi, dan Tunisia. Istilah Barbar iaitu nama

golongan orang yang merupakan sebahagian

besar penduduk Afrika Utara, berasal daripada

perkataan Latin barbar. Barbar merupakan nama

yang diberikan pada zaman Rom kepada

golongan orang yang tinggal di pinggir Empayar

Rom.

UMUM 
REPUBLIK ARAB MESIR, SEJARAH.

Republik Arab Mesir, Sejarah. Mesir ialah

negara yang terletak di Timur Laut Afrika. Ia

disempadani oleh Laut Merah di Timur, Laut

Mediterranean di Utara, gurun Libya di Barat dan

Sudan di Selatan. Sungai Nil merupakan nadi

kehidupan di Mesir.

UMUM 
TIKUS TOBRUK

Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak

Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu

bertahan dalam satu pengepungan selama lapan

bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun

1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh

Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di

pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan

Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka

bertahan dari 11 April hingga 10 Disember,

apabila tentera Jerman menghentikan kepungan

itu.

UMUM 
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, universiti antarabangsa yang pertama di Malaysia.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan pada 10 Mei 1983, setelah kerajaan Malaysia mendapat persetujuan beberapa kerajaan negeri Islam serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk menjadi penaja bersama.  Negeri-negeri itu ialah Republik Maldives, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Islam Pakistan, Republik Islam Turki, Jamahiriyah Sosialis Rakyat Libya, Kerajaan Arab Saudi dan Republik Arab Mesir.  Walau bagaimanapun, UIAM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERSIDANGAN AFRO-ASIA

PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika.  Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955.  Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman.  Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas