Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Libya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
economic coerciontekanan ekonomiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaDesakan berkaitan ekonomi yang dilakukan oleh sebuah atau lebih negara terhadap negara sasaran. Tujuan tekanan ekonomi adalah untuk memastikan negara sasaran menerima tuntutan negara yang mengenakan tekanan tersebut. Tekanan ekonomi boleh dilakukan secara sehala atau kolektif. Tekanan ekonomi sehala dilakukan dalam bentuk retorsi. Tekanan ekonomi kolektif pula boleh dilakukan oleh Majlis Keselamatan PBB yang pernah mengenakan sanksi ekonomi terhadap negara-negara seperti Iraq dan Libya. Sanksi ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat antarabangsa tersebut telah memusnahkan negara-negara sasaran.
jurisdictionbidang kuasaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak sesebuah negara atau mahkamah untuk bersuara atau melakukan sesuatu tanpa sebarang pertikaian daripada pihak lain. Hak tersebut melibatkan tuntutan kawalan terhadap individu, harta, subjek dan keadaan tertentu dalam bidang perundangan, politik atau geografi. Konflik bidang kuasa biasa berlaku antara negara dalam pelbagai aspek seperti kewarganegaraan, sempadan, ruang angkasa, laut, hak perikanan, sungai dan angkasa lepas. Konflik paling biasa ialah berebut bidang kuasa untuk mentadbir keadilan seperti menangkap, mendakwa dan menghukum seseorang yang dikehendaki atas sesuatu jenayah antarabangsa atau jenayah rentas sempadan. Contohnya, pengeboman Lockerbie yang menyaksikan konflik antara Amerika Syarikat dan United Kingdom di satu pihak dan Libya di pihak yang lain dalam berebut bidang kuasa untuk mendakwa dua orang tertuduh.

Kembali ke atas