Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Liechtenstein


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIECHTENSTEIN

Liechtenstein ialah sebuah negara kecil di

selatan-tengah Eropah. Ia merupakan salah

satu negara terkecil di dunia. Luas negara ini

hanyalah 160 km persegi. Untuk jumlah penduduk

Liechtenstein, lihat Fakta ringkas dalam rencana ini.

UMUM 
SUNGAI RHINE

Sungai Rhine ialah jalan air pedalaman yang

terpenting di Eropah. Panjang sungai ini lebih

kurang 1320 kilometer dan merupakan saliran air

bagi kawasan yang luasnya lebih kurang 224 600

kilometer persegi. Sungai ini bermula di sebelah

timur Switzerland. Ia membentuk sebahagian

sempadan Switzerland, Liechtenstein, Austria,

Perancis, dan Jerman. Sungai ini mengalir melalui

Jerman dan Belanda dan masuk ke Laut Utara.

Walaupun terdapat beberapa masalah pencemaran

daripada bahan buangan perindustrian,

sebahagian Sungai Rhine ini amat cantik dan

menarik banyak pelancong. Bagi orang Jerman,

Sungai Rhine merupakan lambang sejarah

kebangsaan mereka. Beberapa legenda orang

Jerman berkait dengan sungai ini.

UMUM 
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA

Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)

mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian

ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang

terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu

perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua

anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan

Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas

Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam

perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995.

UMUM 

Kembali ke atas