Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lithuania


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Curzon LineGaris CurzonSains PolitikHubungan AntarabangsaGaris pemisah yang dibuat oleh Setiausaha Luar British, Lord Curzon sebagai sempadan antara Rusia dengan Poland pada tahun 1919. Tujuan garis pemisah ini adalah untuk persempadanan etnografi antara kumpulan etnik Poland, Lithuania, Rusia dan Ukraine. Garis ini merentasi kawasan bermula dari Hrodna, Yalivka, Nemyriv, Brest, Dorohusk, Ustyluh, bahagian timur Hrubeshiv, melintasi Kryliv, menuju ke bahagian barat Peremyshl, terus ke pergunungan Carpathian, yang membentuk sempadan timur Poland dan Ukraine. Pada bulan Julai 1920, sewaktu pencerobohan Soviet terhadap Warsaw, garis yang sama telah dicadangkan oleh Setiausaha Luar Britain sebagai sempadan Poland dengan Kesatuan Soviet (USSR). Pada tahun 1939, garis tersebut telah diterima dengan sedikit pindaan sebagai sempadan pemisah antara Jerman dengan Kesatuan Soviet. Seterusnya dalam persidangan Yelta 1945, Garis Curzon telah diterima sebagai sempadan bagi Poland dan Kesatuan Soviet.
commonwealthKomanwelSains PolitikPolitik PerbandinganPerikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria.

Kembali ke atas