Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lubnan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LUBNAN, SEJARAH UMUM 
LUBNAN

Lubnan merupakan sebuah negara kecil yang bergunung-ganang.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ARSALAN, SYAKIB

Arsalan, Syakib (1286 H.–1366 H./1869 M.–1946

M.), tokoh politik Lubnan. Nama penuh Syakib

Arsalan atau Gabenor Syakib ialah Hamud Hasan

ibn Arsalan. Dia juga merupakan penyair, penulis,

pemikir dan ilmuan. Dia lahir di al-Syuwifat,

Lubnan. Dia mendapat pendidikan di sekolah al-

Hikmah dan Sekolah al-Sultaniyyah di Beirut. Dia

fasih dalam bahasa Arab sebagai bahasa ibunda

dan tiga bahasa yang lain, Turki, Perancis dan

Jerman kerana dia mempelajarinya daripada ramai

guru. Antaranya ialah Abdullah al-Bustari

pengarang al-Mujam al-Laghawi al-Bustan ,

Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Dia

banyak membaca buku-buku tulisan Arab yang

terkenal dalam ilmu al-Bayan hingga digelar Amir

al-Bayan di samping menjadi pelopor kepada aliran

al-Sina‘atayn.

UMUM 
BUSTANIY, BATRAS AL-

Bustaniy, Batras al- (1234–1300 H./1819–1883

M.) ialah pemikir dan penyelidik Lubnan. Beliau

ialah seorang tokoh kebangkitan kebudayaan

Arab pada abad ke-19.

UMUM 
PHOENICIA

Phoenicia ialah nama yang diberi oleh Yunani

purba kepada kawasan yang kini meliputi kawasan

pinggir Laut Syria, Lubnan dan Israel. Sungai

Eleutherus membentuk sempadan di sebelah utara,

manakala Gunung Carmel di sebelah selatan.

Kawasan ini terletak di antara gunung Lebanon di

timur dengan Laut Mediterranean di barat.

UMUM 
SIDON

Sidon ialah bandar pelabuhan dan pembuatan

yang penting pada zaman Phoenicia purba. Tapak

bandar ini kini didirikan pekan Sayda, Lubnan.

UMUM 
SEMIT

Semit adalah orang yang bertutur dalam bahasa

Semitik, seperti bahasa Arab atau Ibrani. Mereka

hidup terutamanya di Ethiopia, Iraq, Israel, Jordan,

Lubnan, Syria, Semenanjung Arab dan utara Afrika.

Kaum Assyria purba, Babylon, Canaanite, Eblaite

Ibrani dan kaum Phoenicia juga adalah kaum Semit.

UMUM 
PERANG MISLUN

Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan

orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis

dan British telah membahagikan negara Syam

kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas

Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian

Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai

Syria manakala bahagian pedalaman Syria

diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin

menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar

Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir

Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima

penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis

dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah

Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral

Gourand memberi amaran secara bertulis kepada

al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu.

Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu

walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan

Perancis.

UMUM 
ADONIS, ‘ALI AHMAD SA‘ID (1930– )

Adonis, ‘Ali Ahmad Sa‘id (1930-           ) ialah penyair

dan pengkritik. Dia berasal dari Lubnan dan lahir di

Syria. Nama sebenarnya ialah ‘Ali Ahmad Asbar tetapi

dia terkenal dengan nama ‘Ali Ahmad Sa‘id atau lebih

dikenali sebagai Adonis.

UMUM 
ADIB ISHAQ

Adib Ishaq (1272 H.–1302 H./1856 M.–1885 M.) ialah

sasterawan, penyair dan wartawan. Dia berasal dari

Syria dan lahir di Damsyik tetapi meninggal dunia di

Lubnan.

UMUM 
12

Kembali ke atas