Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Luxembourg


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LUXEMBOURG UMUM 
PERGUNUNGAN DAN HUTAN ARDENNES

Pergunungan dan Hutan Ardennes

menganjur dari utara Perancis hingga Belgium dan

Luxembourg . Di kawasan ini terdapat hutan oak

dan bic terbesar di Eropah. Ketinggian purata

Pergunungan Ardennes kira-kira 500 meter. Batu

arang, besi, dan batu loh dikeluarkan di bahagian

utara kawasan ini.

UMUM 
RHINELAND

Rhineland ialah kawasan bersejarah yang kini

adalah Jerman. Ia terletak di sepanjang Sungai

Rhine dan mengunjur ke barat, ke sempadan

Belgium, Perancis, Luxembourg, dan Belanda (lihat

Jerman [peta fizikal]).

UMUM 
ORANG WALLON

Orang Wallon ialah sekumpulan orang yang

mendiami selatan Belgium. Kawasan yang mereka

diami dinamakan Wallonia. Kawasan ini terdiri

daripada provinsi Hainaut, Liege, Luxembourg,

Namur, dan separuh bahagian selatan Brabant

(lihat Belgium [peta politik]). Orang Wallon

berjumlah lebih kurang 30 peratus daripada

penduduk Belgium.

UMUM 
ALSACE-LORRAINE

Alsace-Lorraine ialah kawasan di timur laut

Perancis, di sempadan Perancis-Jerman. Ia

meliputi 31 828 kilometer persegi. Switzerland

terletak di selatan dan Luxembourg di utara.

Kawasan ini berbentuk seperti angka “7”.

UMUM 
MEROVINGIAN

Merovingian ialah nama yang diberi kepada

keturunan Raja Frank yang menakluk Gaul dan di

sekitarnya bermula dari tahun 486 M. dan

memerintah hingga tahun 751 M. Frank ialah orang

Jerman, manakala Gaul ialah kawasan yang kini

merangkumi Perancis, Belgium, Luxembourg dan

barat daya Jerman. Nama Merovingian berasal

daripada Merovech, saudara kepada raja pertama

Merovingian, Clovis I.

UMUM 
SISTEM KEWANGAN EROPAH (EMS)

Sistem Kewangan Eropah (EMS) ialah

organisasi yang ditubuhkan oleh 10 negara

Eropah untuk menstabilkan kadar pertukaran mata

wang mereka. Kadar pertukaran ini adalah harga

mata wang satu negara dalam istilah negara-negara

lain. Sistem ini bermula pada tahun 1979 dengan

penyertaan sepenuhnya oleh Belgium, Denmark,

Perancis, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda dan

Jerman Barat (kini Jerman). Sepanyol memulakan

penyertaan sepenuhnya pada tahun 1989 dan

United Kingdom pada tahun 1990. Portugal dan

Greece menandatangani perjanjian sistem ini

tetapi tidak mengambil bahagian dalam semua

operasinya. Kesemua ahli sistem ini adalah negara

Kesatuan Eropah, yang berusaha menyatukan

ekonomi negara ahlinya. Pada tahun 1992, United

Kingdom dan Itali mengumumkan untuk

menggantung sementara penyertaan mereka

dalam sistem ini. Kedua-dua negara ini tidak dapat

mengelakkan kejatuhan nilai mata wang mereka di

bawah julat yang diperlukan oleh sistem ini.

UMUM 

Kembali ke atas