Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Luxembourg


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
land locked statenegara tanpa lautSains PolitikHubungan AntarabangsaNegara yang tidak mempunyai pantai atau pinggir laut. Antara negara yang bersifat demikian ialah Afghanistan, Austria, Bhutan, Bolivia, Botswana, Chad, Czechoslovakia, Hungary, Laos, Luxembourg, Nepal, Mali, Switzerland, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Semasa Konvensyen Undang-Undang Laut (1982), usaha telah dilakukan untuk memberikan beberapa hak maritim kepada negara tanpa pantai termasuklah yang berkaitan dengan sumber dasar laut. Hak maritim ini termaktub dalam doktrin warisan sejagat. Negara tanpa pantai biasanya mudah terdedah dengan teknik perang ekonomi yang dilancarkan oleh negara jiran yang mempunyai pantai disebabkan kedudukan geografinya. Keadaan ini disebabkan negara jiran berupaya mengawal atau menyekat sebarang barangan atau perkhidmatan yang melalui pelabuhannya daripada sampai ke negara tanpa pantai tersebut.
North Atlantic Treaty Organization (NATO)Pertubuhan Perjanjian Atlantik UtaraSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1949.Pertubuhan ini merupakan reaksi Barat terhadap ancaman yang diterima daripada Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini pada asalnya mempunyai 12 anggota, iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada, Itali, Belanda, Belgium, Luxembourg, Denmark, Iceland, Norway dan Portugal. Keanggotaannya diperluas meliputi Greece, Turki (1952), Federal Republic of Germany (1955) dan Sepanyol (1982). Anggota pertubuhan ini bersepakat menganggap bahawa sebarang serangan terhadap mana-mana anggota sebagai serangan terhadap semua negara. Setiap anggota bertanggungjawab menolong anggota yang diserang sebagaimana yang diperlukan bagi memulihkan keselamatan kawasan Atlantik Utara. Setelah berakhirnya Perang Dingin, pertubuhan ini masih lagi dianggap relevan dan diperlukan oleh negara anggotanya. Sinonim NATO.
Organization for Economic Cooperation and Development(OECD)Organisasi Kerjasama dan Pembangunan EkonomiSains PolitikTiadaOrganisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD.

Kembali ke atas