Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (métodologi) sistem yg merang­kumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata METODOLOGI


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'metodologi' dan 'metode'? boleh terangkan maksudnya?
metode (métode) 1. cara melakukan sesuatu, sistem

metodologi (métodologi) sistem yg merang­kumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb.
Lain-lain10.09.2014
Apakah maksud metodologiSoalan terlalu umum atau kurang difahami. Mohon perincikan atau kecilkan skop soalan untuk memudahkan pihak kami membantu tuan/puan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Untuk makluman tuan/puan juga, terdapat pelbagai makalah atau tesis yang bersesuaian untuk dijadikan rujukan melalui laman web http://etesis.dbp.gov.my/.Lain-lain09.08.2022
Salam sejahtera. Adakah perkataan "Metodologi" daripada perkataan Inggeris "Methodology" diterima dalam sistem terjemahan DBP? Terima kasih.Metodologi merupakan istilah bahasa Melayu bagi "methodology". Istilah ini juga diterima sebagai istilah bahasa Melayu bagi bidang Ekonomi, Matematik, Sejarah dan Arkeologi.Istilah24.11.2009
apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkaedahan'?Kamus Dewan memberikan makna kaedah sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa);manakala dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan memberikan padanan methodology ialah perkaedahan, metodologi: research ~, metodologi penyelidikan; new methodologies have been developed over the years, perkaedahan baharu telah dapat dihasilkan selepas beberapa tahun.   Sila berikan konteks penggunaan entri ‘pengkaedahan’ dalam ayat supaya kami boleh memberikan makna.Makna23.11.2014
Salam Tuan/Puan, Bolehkah saya dapatkan terjemahan istilah Bahasa Inggeris berikut (dalam konteks metodologi kajian dan statistik): i. unidimensionality ii. normality test iii. corrected item total correlation iv. convergent validity v. disriminant validity Maklum balas dan kerjasama Tuan/Puan adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Walaikumussalam.

Cadangan terjemahan yang sesuai ialah:

i.       Unidimensionality = keekadimensian

ii.      Normality test = ujian kenormalan

iii.     Corrected item-total correlation = korelasi item-jumlah dibetulkan

iv.    Convergent validity = keesahan konvergen
v. Discriminant validity = keesahan diskriminan

Terima kasih.

Istilah16.01.2017
Apa maksud "agile methodology" dalam Kamus Komputer?Padanan umum bagi agile methodology ialah metodologi/kaedah tangkas.Makna15.11.2010
SAYA NAK TAHU APAKAH MAKSUD METADOLOGI,KOKARIKULUM,DEFINASI DAN OBJEKTI SECARA MENDALAM.TERIMA KASIHMétodologi ialah sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin. kurikulum ialah merupakan sebahagian drpd kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dll). Definisi pula ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti. Manakala makna objektif ialah sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan markah yg diberikan tidak bergantung pd penilaian pemeriksa. Harap maklum.Makna15.08.2007
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih.Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya:

item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan)

Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar.

sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian)

Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading.
Istilah15.08.2016
Assalammua'laikum, Saya merupakan pelajar pengajian Ph.D di UTM, Johor. Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu menyemak ketepatan terjemahan soal selidik kajian saya yang pada asalnya adalah dari Bahasa Inggeris. Saya berharap pihak tuan dapat menyemak ketepatan makna dari BI ke BM, dan BM ke BI semula. Tujuan ini merupakan salah satu syarat prosedur dalam metodologi kajian dalam pengajian Ph.D. Segala jasa baik pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Untuk makluman puan, khidmat yang diperlukan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Kidmat Nasihat Bahasa menangani masalah bahasa, antaranya termasuklah semakan teks terjemahan yang tidak melebihi 100 patah perkataan.Tatabahasa23.05.2011
Assalamualaikum/salam sejahtera... Saudara, Saya Nurul Hannis Arba'ie dan merupakan salah seorang pelajar Kolej Mara Banting. Kini, saya sedang dalam proses untuk menyiapkan kajian saya mengenai karya-karya Faisal Tehrani. Di sini, saya mempunyai beberapa perkara yang saya harap pihak DBP dapat membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. 1. Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakan karya-karya Faisal Tehrani adalah terbitan DBP dan menerima anugerah Sayembara DBP. jadi, bolehkan saya mendapatkan e-mel beliau memandangkan saya dan 4 orang lagi rakan yang lain bercadang untuk menemu bual beliau. Temubual ini merupakan antara prosedur yang perlu kami lakukan sebagai metodologi kajian kami. 2. Kajian saya memerlukan saya menggunakan teori budaya dan teori antropologi. Jadi, adakah mana-mana buku keluaran DBP yang boleh dijadikan rujukan teori-teori ini? Saya berharap saudara sudi membantu saya dan segala bantuan saudara kelak saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Waalaikumussalam saudara Layla Witra,

Untuk makluman saudara, saya tidak menyimpan alamat beliau dan mungkin saudara boleh berhubung dengan beliau melalui FB.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan buku-buku teori budaya dan antropologi yang diterbitkan oleh DBP, saudara boleh melayari laman web Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP http://pustaxa.gov.my. laman ini memaparkan KATALOG AWAM DALAM TALIAN (KAWAT). Cara menggunakannya ialah dengan menaip judul buku atau pengarang dan klik cari.

sekian, selamat mencuba.

Tokoh25.07.2011
12

Kembali ke atas