Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (métodologi) sistem yg merang­kumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata METODOLOGI


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phenomenologyfenomenologiKesusasteraanTiadaPerspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi melibatkan aktiviti penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi memfokuskan inti pati karya, meneliti pengalaman atau proses pembacaan, dan memberikan bagaimana inti pati tersebut mengesan kesedaran pembaca, dan tindak balas daripadanya. Oleh yang demikian, pengkritik memahami kesedaran pengarang, khususnya �struktur dalaman� pengarang itu. Justeru, dapatlah diketahui bagaimana pengarang menghayati dunianya. Fenomenologi kemudian nya dikembangkan oleh Martin Heidegger (murid Husserl) dan Hans-Georg Gadamer. Mereka meninggalkan pengaruh meluas ke arah kritikan sastera moden, khususnya dalam teori Wolfgang Iser tentang respons pembaca dan teori resepsi Robert Jauss. Fenomenologi dimanfaatkan oleh teori dan amalan pengkritik daripada Sekolah Geneva. Kesan jangka panjang fenomenologi juga terdapat dalam teori pascastrukturalisme. Fenomenologi berasal daripada perkataan Yunani fenomena yang bermaksud �benda yang muncul�. Lihat juga hermeneutika.
methodologymetodologiMatematikTiadaTiada
methodologymetodologiSejarahTiadaTiada
historical methodologymetodologi sejarahSejarahTiadaTiada
critical methodologymetodologi kritisSejarahTiadaKaedah kajian yang bersifat mengkritik terutamanya hasil penulisan sebagai penafsiran bukti.
design methodologymetodologi reka bentukTeknologi MaklumatTiadaSekumpulan kaedah pemodelan dan teknik penukaran yang digunakan untuk membangunkan suatu sistem komputer berdasarkan sistem yang sedia ada.
methodological issueisu metodologiVeterinarTiadaTiada
SREM (software requirements engineering methodology)SREM (metodologi kejuruteraan keperluan perisian)Teknologi MaklumatTiadaKaedah peralatan analisis keperluan berautomatik yang menggunakan bahasa kenyataan keperluan untuk menerangkan unsur, sifat, struktur, dan perhubungannya bagi membangunkan spesifikasi keperluan sistem.
SSADM (structured system analysis and design methodology)SSADM (metodologi analisis dan reka bentuk sistem berstruktur)Teknologi MaklumatTiadaKaedah analisis sistem berstruktur yang terdiri daripada tiga kelas gambar rajah, iaitu struktur data logik, gambar rajah aliran data, dan sejarah hidup entiti.
rapid application developmentpembangunan pembinaan cepatTeknologi MaklumatTiadaMetodologi yang menggabungkan pembangunan penggunaan bersama, alat CASE dan prototaip untuk menghasilkan bahagian utama sistem dengan cepat.
123

Kembali ke atas