Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan ketiga dlm tahun Masihi yg mengan­dungi 31 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg ketiga dlm tahun Masihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mac


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAC

Mac ialah bulan ketiga dalam setahun mengikut

kalender Gregory, yang kini digunakan hampir di

seluruh dunia. Ia adalah bulan pertama dalam

kalendar Rom awal dan dikenali sebagai Martius .

Kemudian, orang Rom purba menjadikan Januari

sebagai permulaan tahun, dan Mac menjadi bulan

ketiga. Mac sentiasa mempunyai 31 hari. Nama Mac

adalah sempena menghormati Mars, dewa

peperangan orang Rom.

UMUM 
LIGA ARAB

Liga Arab ialah sebuah pertubuhan Arab

antarabangsa yang dibentuk pada bulan Mac 1945,

rentetan daripada peristiwa Perjanjian Iskandariah

yang telah ditandatangani pada 20 Syawal 1363

H. bersamaan 7 Oktober 1944. Ia juga lanjutan

daripada persetujuan yang ditandatangani oleh

tujuh orang raja dan pemimpin Arab di Kaherah

pada 8 Rabiulakhir 1364 H. bersamaan 22 Mac 1945

M.

UMUM 
ABDULLAH SIDEKABDULLAH SIDEK (1913-1973), penulis. Dia lahir pada bulan Mac 1913 di Kampung Kadut, Mukim Jabi, Segamat, JohorSASTERAKonsep
STAMP ACT

Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British

meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan

diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana

bagi menyokong tentera British yang berpangkalan

di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa

orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan

surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen

minuman keras, lesen undang-undang, bermain

terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan

penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan

mereka.

UMUM 
ARIFIN NGAH

Penulis.  Dia lahir pada 28 Mac 1939 di Kuala Terengganu, Terengganu.  Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama samaran Moriffin SN dan Melati Timur.  Ariffin mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum menyambung pendidikannya ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan Institut Bahasa, Kuala Lumpur.  Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.

SASTERATokoh
SULTAN ISMAIL PETRA

Sultan Ismail Petra (1949– ) ialah Sultan

Kelantan yang ke-28. Baginda merupakan putera

tunggal Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan

Ibrahim. Berikutan kemangkatan ayahandanya pada

29 Mac, 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur,

baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan

yang ke-12 pada 30 Mac 1980 di Istana Bali, Kota

Bharu.

UMUM 
KEATON, BUSTER

Keating, Paul (1944– ), menjadi perdana

menteri Australia pada bulan Disember 1991

hingga tahun 1996. Pada bulan Mac 1996, Parti

Buruh pimpinan Keating dikalahkan dalam pilihan

raya kebangsaan oleh Parti Liberal.

UMUM 
KEATING, PAUL

Keating, Paul (1944– ), menjadi perdana

menteri Australia pada bulan Disember 1991

hingga tahun 1996. Pada bulan Mac 1996, Parti

Buruh pimpinan Keating dikalahkan dalam pilihan

raya kebangsaan oleh Parti Liberal.

UMUM 
MUSIM BUNGA

Musim bunga ialah musim antara musim sejuk

dengan musim panas. Hemisfera Utara mengalami

musim bunga pada akhir bulan Mac, April, Mei, dan

awal bulan Jun. Di Hemisfera Selatan, musim bunga

bermula sekitar bulan September dan berakhir

menjelang awal bulan Disember. Untuk tarikh hari

pertama musim bunga dan maklumat lain, lihat

Musim.

UMUM 
MALENKOV, GEORGI MAXIMILIANOVICH

Malenkov, Georgi Maximilianovich (1902–

1988), menjadi perdana menteri Kesatuan Soviet

selepas kematian Joseph Stalin pada bulan Mac

1953.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas