Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar dr sebelah barat, termasuk sebelah barat (Moroko dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Maghribi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAGHRIBI UMUM 
ORANG MOOR MAGHRIBI

Orang Moor Maghribi ialah nama yang

diberikan oleh orang Rom dalam sejarah klasik

terhadap penduduk yang mendiami kawasan

pantai Afrika Utara. Mereka juga menggunakan

istilah Mauritania bagi menyebut nama kawasan

tempat bermastautinnya kaum Moor. Kaum Moor

adalah salah satu kaum yang berasal dari satu

komuniti yang terbesar, iaitu kaum Barbar. Lihat

Barbar.

UMUM 
SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI

SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI (1884/1892-1979), ulama. Beliau berasal dari Maghribi, Afrika. Nama penuh beliau ialah Syeikh al-Qadi Abu Jabir Abdullah ibn Ahmad ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ahmad ibn Muhammad al-Qayruwani al-Balawi al-Ghadamisi al-Maghribi. Syeikh Abdullah membesar dalam keluarga yang menitikberatkan pengajian agama. Pendidikan awal beliau bermula dengan menghafal al-Qur'an, seterusnya mempelajari asas ilmu agama dan berjaya menguasai ilmu-ilmu tersebut sebelum mencapai usia remaja.Syeikh Abdullah datang ke Tanah Melayu dan berkhidmat di Madrasah Idrisiyah, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1924. Ketika itu, beliau berusia 40 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MARRAKECH

Marrakech (pend. 332 741) ialah salah sebuah

bandar yang terbesar di Maghribi. Marrakech juga

merupakan salah sebuah ibu negara tradisional.

Bandar ini terletak di bahagian barat tengah

Maghribi. Untuk lokasi, lihat Maghribi (peta).

UMUM 
TANGIER

Tangier (pend. 266 346), juga dieja Tanger, ialah

bandar di kawasan pantai utara Maghribi. Ia terletak

di sepanjang Selat Gibraltar yang menghubungkan

Lautan Atlantik dengan Laut Mediterranean. Untuk

lokasi, lihat Maghribi (peta). Tangier adalah ibu

negeri wilayah Tangier. Ia merupakan pelabuhan

kedua terpenting di Maghribi selepas Casablanca

dan pelabuhan utama untuk kapal penumpang. Dari

laut, bandar ini kelihatan seperti amfiteater, dengan

rumah-rumah putih membarisi bukitnya.

UMUM 
MUHAMMAD V

Muhammad V (1327 H.–1380 H., /1909 M.–1961

M.), raja Maghribi. Baginda menaiki takhta ketika

berumur 18 tahun pada tahun 1927 M. selepas

kemangkatan ayahandanya Sultan Yusuf ibn al-

Hasan. Ketika itu Maghribi berada di bawah jajahan

Perancis. Baginda menuntut kemerdekaan Maghribi

pada 11 Januari 1944 dan pergi ke Perancis pada

tahun 1950 bagi mengadakan perbincangan dengan

Presiden Perancis dan para pemimpinnya tentang

urusan pentadbiran sendiri negaranya.

UMUM 
SADIYYAH, KERAJAAN

Sadiyyah, Kerajaan diasaskan oleh keluarga

Alawiyyah daripada keturunan al-Hasaniyyin

di Maghribi. Kejatuhan kedua-dua buah kerajaan al-

Mariniyyah dan al-Watasiyyah mengakibatkan

berlakunya kekosongan kuasa politik di Maghribi.

Rakyat mendapati perlunya dilantik Abi Abdullah

Muhammad sebagai pemerintah yang akan

menegakkan suruhan Allah di Wilayah al-Sus kerana

dia berketurunan Ali ibn Abi Talib. Dia berasal dari

Hijaz dan berhijrah ke Maghribi pada abad

kesembilan Hijrah bersamaan abad ke-15 M.

UMUM 
SAHARA BARAT

Sahara Barat ialah sebuah kawasan di pesisir

barat laut benua Afrika yang terletak di antara

Maghribi, Algeria, Mauritania dengan Lautan Atlantik.

Sahara Barat pernah dikenali sebagai Gurun

Sepanyol. Kawasan ini adalah di bawah jajahan

Sepanyol pada awal tahun 1500-an dan sekali lagi

dari tahun 1860 hingga 1976. Sahara Barat

memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol. Sejak

itu, peperangan terus berlaku antara puak

pembebasan tempatan gurun yang dikenali sebagai

Polisario Front yang menganggap gurun tersebut

negara berasingan dan mereka menolak untuk

bersatu dengan Maghribi kerana menganggap gurun

tersebut adalah sebahagian daripada negara mereka.

UMUM 
RABAT

Rabat (pend. 518 616) ialah ibu negara Maghribi.

Rabat terletak di bahagian utara negara tersebut. Ia

terletak di pesisir pantai Lautan Atlantik, di muara

sungai cetek di Bou Regreg. Sungai Bou Regreg itu

memisahkan Rabat dari bandar Salé yang

mempunyai 290 000 orang penduduk.

UMUM 
ANDALUS, PEMBUKAAN.

Andalus, Pembukaan. Musa ibn Nusayr dilantik

sebagai pemerintah Maghribi (Barat Laut Afrika) pada

tahun 89 H bersamaan dengan tahun 707 M. Dia

dilantik menggantikan Hassan ibn al-Nu‘man yang

dipecat kerana kes perselisihannya dengan Gabenor

Mesir. Pada permulaan zaman pemerintahan Musa

ibn Nusayr, orang Barbar telah memberontak

menentangnya, tetapi dia dapat menghapuskan

pemberontakan itu dengan kekerasan. Seterusnya dia

berjaya membuka Tangier yang merupakan kubu

terakhir puak Barbar tersebut, lalu melantik Tariq ibn

Ziyad menjadi gabenor di situ. Musa menggunakan

dasar yang sangat bijaksana untuk menghentikan

pemberontakan Barbar yang sering berulang, iaitu

dengan mengislamkan seluruh negeri itu. Musa

berjaya mengajak kaum Barbar memeluk Islam dan

melatih beribu-ribu orang dalam kalangan mereka

menjadi tenteranya. Kemudian dia menyediakan

armada laut yang besar untuk melindungi sempadan

kawasan pantai daripada serangan tentera Rom. Di

samping itu dia memulakan serangan ke atas pulau-pulau

dan markas tentera Rom yang berhadapan

dengan pantai Afrika Utara, iaitu Kepulauan Balearic,

Sicily dan Sardinia, sehingga daerah kekuasaannya

meliputi semua kawasan persisiran kecuali Ceuta, di

timur Tangier yang merupakan kubu kuat Rom.

UMUM 
123

Kembali ke atas