Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malawi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MALAWI

Malawi ialah negara kecil yang berpemandangan
indah di tenggara Afrika. Panjangnya lebih kurang
850 kilometer dan lebarnya dari 80 kilometer hingga
160 kilometer. Malawi terletak di pantai barat Tasik
Nyasa, yang dikenali sebagai Tasik Malawi di negara
tersebut. Aktiviti gunung berapi purba
menyebabkan Malawi mendapat tanah yang subur.
Tetapi gunung-ganang, hutan rimba, dan padang
ragut yang kasar menyebabkan hanya lebih kurang
satu per tiga bumi negara ini sesuai untuk pertanian.

UMUMUmum
LILONGWE

Lilongwe (pend. 186 000) ialah ibu negara Malawi

di tenggara Afrika. Bandar ini terletak di Sungai

Lilongwe, di tengah kawasan pertanian Malawi. Ia

adalah pusat pemasaran bagi tembakau dan hasil

pertanian lain. Untuk lokasi, lihat Malawi (peta).

UMUM 
TASIK NYASA

Tasik Nyasa ialah tasik yang terletak paling

selatan dalam rangkaian tasik air tawar besar di

Lurah Sesar Besar di timur Afrika. Ia terletak lebih

kurang 640 kilometer ke pedalaman dari Lautan

Hindi. Tasik Nyasa, juga dikenali sebagai Tasik

Malawi , mengalir ke Lautan Hindi melalui Sungai

Shire dan Sungai Zambezi (lihat Malawi ).

UMUM 
IBRAHIM OMARIBRAHIM OMAR (1936- ), penulis. Dia lahir pada 17 Jun 1936, di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ibrahim bin Imam Omar. Dia pernah menggunakan nama samaran Suria sewaktu menulis puisi dan Al-Mali dan Malawi apabila menulis rencana politik dan sains.SASTERATokoh

Kembali ke atas