Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lé.sia] | مليسيا

Definisi : negara yg terletak di Asia Tenggara yg ibu negaranya Kuala Lumpur, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu, dan agama rasminya agama Islam; memalaysiakan menyesuaikan atau men­jadikan sesuatu supaya bercirikan Malaysia: pakaian tradisi Cina yg telah dimalaysiakan bersesuaian dgn suasana tempatan; kemalaysiaan berhubung dgn atau bersifat Malaysia (sbg sebuah negara seluruhnya): banyak ciri dan cita-citanya lebih melambangkan ciri dan cita-cita ~; pemalaysiaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bercirikan Malaysia: penyusunan semula masyarakat adalah satu proses ~ semua sektor kehidupan rakyat Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malaysia


Pantun

PantunSumberTema
Kalau jerebu melanda Malaysia, Api di Jambi tolong padamkan; Kalau berseteru sesama manusia, Hati dirasuk oleh syaitan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Demi citra bunga-bunga, Pesta Bunga melawat Malaysia, Suami tua lupa dirinya, Isteri tersenyum menyimpan rahsia.Pantun Melayu SarawakKasih
Bismillah memulakan kerja, Sungguh rangup keropok desa; Alhamdulillah rakyat Malaysia, Sanggup membantu tak kira bangsa.Pantun Melayu SarawakBudi
Dari Medan naik Merpati, Bawa misi memadam api; Bomba Malaysia rela berbakti, Niat suci tidak bertepi.Pantun Melayu SarawakUmum
Kerat rotan kopek kelapa, Tumbuk beras lumat-lumat; Rakyat Malaysia tidak lupa, Tanggungjawab sesama umat.Pantun Melayu SarawakAgama
Singgah sebentar ke Kuala Kuah, Hendak membeli buah bidara; Kerajaan Malaysia sungguh pemurah, Segala kebajikan dihulur segera.Pantun Melayu SarawakBudi
Dari medan naik ke Merpati, Bawa misi memadam api; Bomba Malaysia rela berbakti, Niat suci tidak bertepi.Pantun Melayu SarawakAsap Api
Ini baju kebaya, Corak bunga Rafflesia; Selamat maju jaya, Seluruh rakyat Malaysia.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Ketika panas jemurkan jala, Bunga Rafflesia dikarang jangan; Ketika Aceh ditimpa bala, Malaysia segera memberi pertolongan.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
12

Kembali ke atas