Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lé.sia] | مليسيا

Definisi : negara yg terletak di Asia Tenggara yg ibu negaranya Kuala Lumpur, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu, dan agama rasminya agama Islam; memalaysiakan menyesuaikan atau men­jadikan sesuatu supaya bercirikan Malaysia: pakaian tradisi Cina yg telah dimalaysiakan bersesuaian dgn suasana tempatan; kemalaysiaan berhubung dgn atau bersifat Malaysia (sbg sebuah negara seluruhnya): banyak ciri dan cita-citanya lebih melambangkan ciri dan cita-cita ~; pemalaysiaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bercirikan Malaysia: penyusunan semula masyarakat adalah satu proses ~ semua sektor kehidupan rakyat Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malaysia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bank Negara MalaysiaBank Negara MalaysiaEkonomiEkonomi IslamBank pusat bagi Malaysia yang bertanggungjawab sebagai pengeluar mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut, di samping bertindak mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara. Bank Negara Malaysia juga bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan serta ejen melaksanakan dasar monetari kerajaan. Bank Negara Malaysia melalui Jabatan Perbankan Islam dan Takaful memantau Akta Bank Islam 1983 supaya dipatuhi, dan menyediakan peraturan serta garis panduan pengawalseliaan bagi mewujudkan kestabilan struktur kewangan Islam.
Amanah Ikhtiar MalaysiaAmanah Ikhtiar MalaysiaEkonomiEkonomi IslamSebuah institusi kewangan mikro yang khusus ditubuhkan di Malaysia untuk membasmi kemiskinan melalui penyediaan pinjaman tanpa faedah. Modalnya diperoleh daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Antara skim pinjaman yang ditawarkan ialah skim pembiayaan penyayang, skim pembiayaan ibu tunggal dan skim pembiayaan bestari. Penerima skim ini perlu memenuhi syarat tertentu seperti tingkat pendapatan yang rendah, membentuk kumpulan dan mengikuti latihan kemahiran yang diperlukan.
Malaysian nationbangsa Malaysia; negara MalaysiaUndang-undangTiadaTiada
.my (Malaysia).my (Malaysia)Teknologi MaklumatTiadaAkhiran nama domain Internet untuk negara Malaysia.
corak jalur Malaysiacorak jalur malaysiaKesenianTiadaCorak batik berunsur geometri bermotif jalur menegak diselitkan dengan motif bunga raya dan peta Malaysia, lazimnya berwarna bebas dan terdapat pada batik sarung.
irama Malaysiairama MalaysiaMuzikTiada

 Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu Hijau oleh Zainal Abidin, Cindai oleh Siti Nurhaliza, dan Dikir Puteri oleh Noraniza Idris. Lihat juga muzik popular, world music.

Bank Negara Malaysia billbil Bank Negara MalaysiaEkonomiEkonomi IslamSekuriti hutang jangka pendek yang cirinya hampir sama dengan bil perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Bil ini boleh dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia secara lelongan mengikut prinsip qardul hasan.
Malaysia IncorporatedPersyarikatan MalaysiaEkonomiTiadaSistem kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta supaya kedua-dua belah pihak dapat mencapai matlamat pembangunan untuk kepentingan bersama dalam jangka panjang.
Constitution of MalaysiaPerlembagaan MalaysiaUndang-undangTiadaTiada
Controller of Examinations MalaysiaPengawal Peperiksaan MalaysiaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas