Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malaysia Barat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rajaI 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Teng­gara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsa­wan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg ber­kuasa, ketua, pemerintah: kompeni Ing­geris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerin­tah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg ter­makan budi kita; 6. orang yg besar kuasa­nya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpenga­ruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai bina­tang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpen­ting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpeme­rintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm pe­nya­bungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pe­mangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb ber­setuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baik­lah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (mengham­bakan) diri kpd; beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau; meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu; merajai 1. menjadi raja di (atas), memerin­tah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempenga­ruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri; merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah di­­raja­kan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat; kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pe­me­rintahan, negara: ~ Indonesia berpar­limen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul meng­gantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahui­nya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; ~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintah­an negeri yg menjadi sebahagian drpd keraja­an kebangsaan atau pusat; ~ pusat peme­rin­tahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara se­hingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg mele­tak­kan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perban­dar­an dan majlis daerah; berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kera­jaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
Sarawaknegeri di Malaysia yg terletak di barat laut Borneo, keluasan 1 129 500 km2, Kuching sbg ibu negeri, Bumi Kenyalang.Kamus Dewan Edisi Keempat
Bateq(batéq) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg tinggal di pedalaman utara Pahang, barat Terengganu dan selatan Kelantan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengeksportmengirim barang-barang dagangan ke luar negara: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara Barat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengeksportmengirim barang-barang dagangan ke luar negeri: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara barat.Kamus Pelajar
Semai IIpenduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi yg tinggal di kawasan banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat.Kamus Dewan Edisi Keempat
eksport/éksport/ 1 perbuatan menghantar atau mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: ~ getah ke Rusia semakin bertambah. 2 barang-barang dagangan yg dihantar ke luar negara: ~ utama Malaysia ialah getah dan bijih timah. mengeksport mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara Barat. pengeksportan hal atau kerja mengeksport: Pd masa lalu, getah keping berbunga yg dilapiskan menjadi bandela merupakan sistem ~ yg diterima. pengeksport orang (negara dll) yg mengeksport barang-barang dagangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
amantidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. pengamanan perihal atau perbuatan (usaha dsb) mengamankan. pengaman orang, pihak dsb yg mengamankan: tentera ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
islamisasiusaha (proses dsb) menjadikan patuh kpd, sejajar dgn, atau sesuai dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam, perihal mengislamkan, pengislaman: tujuannya ialah utk membendung penerapan budaya barat bagi memastikan proses ~ berjalan lancar; ~ undang-undang di Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
amantidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas