Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malaysia Barat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
art musicmuzik seniMuzikTiada

 Muzik yang dicipta oleh komposer tertentu dan berasaskan idiom serta teknik karya muzik klasik Barat pada abad ke-20. Muzik seni ini menggabungkan ciri, konsep dan alat muzik Barat serta bukan Barat. Di Malaysia, muzik seni mengikut sistem notasi Barat dan dimulakan oleh pemain muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1960-an dan tahun 1970-an seperti Alfonso Soliano, Gus Steyn dan Johari Salleh. Sinonim muzik seriosa.

summer monsoonmonsun musim panasMeteorologiMeteorologi PerhubunganMonsun yang beasal daripada lautan dan bertiup pada musim panas. Di Malaysia, monsun ini berlaku antara Mei hingga Ogos, dan lebih dikenali sebagai monsun barat daya.
dangdutdangdutMuzikTiada

 Muzik popular di Indonesia yang dipengaruhi muzik pop Hindustani. Istilah dangdut merujuk kepada bunyi pukulan gendang pada bit keempat, iaitu dang dan pukulan pada bit pertama, iaitu dut. Di Malaysia, dangdut menggabungkan alat muzik India seperti tabla dan sitar dengan alat muzik Barat seperti gitar dan papan nada. Dangdut Malaysia berentak inang dengan gaya nyanyian pop Hindustani.

accordionakordionMuzikTiada

Alat muzik Barat yang diklasifikasikan sebagai aerofon dengan pelidah tanpa kawalan. Badan alat muzik ini berbentuk korak, mempunyai papan nada kecil dan belos. Apabila belos digerakkan, udara akan melalui pelidah yang terdapat dl dalam kotak alat tersebut. Alat tnuzik ini dimainkan dalam ensembel muzik asli, joget dan ronggeng di Malaysia.

maracasmarakasMuzikTiada

 Alat muzik moden yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang. Marakas terdiri daripada labu yang berisi butiran biji. Pemegang dipasang pada labu dan dipegang dengan kedua-dua belah tapak tangan. Marakas digoncang untuk menghasilkan rentak tertentu dalam pancaragam atau kombo yang memainkan muzik popular. Kini, alat muzik ini dimainkan dalam ensembel tradisional seperti ensembel dikir barat di Malaysia.

Malay orchestraorkestra MelayuMuzikTiada

 Orkestra muzik popular pada abad ke-20 di Malaysia. Orkes­tra ini menggabungkan alat muzik Barat seperti piano, gitar, trompet, trombon, saksofon, klarinet, violin, dram dan marakas dengan alat muzik tempatan seperti tabla, rebana dan gambus. Orkestra Melayu mengiringi teater bangsawan, muzik popular dan tarian kabaret.

rebana hadrahrebana hadrahMuzikTiada

 1. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai yang serupa dengan rebana bersaiz sederhana dan besar. Rebana hadrah dimainkan dalam orkestra teater hadrah di pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia. Lihat juga rebana.

2. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai sempit dengan piring logam kecil yang dilekatkan pada bingkai tersebut. Rebana ini mempunyai satu muka ku­lit dan dipegang secara menegak dengan sebelah tangan pemain. Sementara sebelah tangan lagi memukul rebana tersebut. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila muka kulit dipukul. Alat muzik ini menghasilkan rentak tertentu untuk mengiringi nyanyian zikir di kawasan pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, rebana yang berbentuk bingkai lebar berserta piling logam dikenali sebagai rebana kercing atau tar. Sinonim rebana kercing.

primary advertisingpengiklanan asasKomunikasiKorporatPengiklanan yang digunakan oleh sesuatu kumpulan pengeluar atau pihak yang berkepentingan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang sama untuk mempromosikan jenis barangan atau perkhidmatan tersebut tanpa mengambil kira jenama. Pengiklanan ini biasanya dilakukan apabila berlaku kontroversi, penurunan permintaan yang ketara, atau rasa curiga terhadap mutu dan jaminan keselamatan barangan atau perkhidmatan berkenaan. Keadaan ini dilihat oleh pengeluar boleh mengancam pasaran kelompok barangan atau perkhidmatan tersebut dalam jangka masa panjang. Pendekatan pengiklanan boleh bersifat pengiklanan khidmat awam atau pengiklanan komersial. Saluran pengiklanan yang digunakan adalah pelbagai. Pelaksanaan pengiklanan biasanya dilakukan oleh pihak bertanggungjawab, seperti persatu pengeluar barangan atau perkhidmatan yang berkaitan, pihak berkuasa (kementerian, jabatan, unit penguatkuasaan) dan persatu pengguna. Contohnya, apabila pihak berkuasa kacang soya di sebuah negara Barat mendakwa minyak masak kelapa sawit Malaysia mengandungi bahan yang mengancam kesihatan dan mengadakan kempen memburukkan barangan yang menggunakan minyak sawit sebagai bahan asas seperti minyak masak dan marjerin. Oleh itu, pihak pengeluar minyak masak dan pihak pengusaha kelapa sawit Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai kaedah pengiklanan bagi mempromosikan barangan berasaskan minyak sawit tanpa mengira jenama. Matlamatnya adalah untuk memastikan semua barangan berkenaan mendapat keyakinan pelanggan dan seterusnya memulihkan pasaran.
huayue tuanhuayue tuanMuzikTiada

 Orkestra Cina moden yang wujud pada tahun 1930-an di China. Orkestra ini merupakan sintesis antara muzik dengan alat mu­zik dari China dan Barat. Sistem tiunan berasaskan skel pentatonik Cina. Susunan orkestra ini mengikut kedudukan orkestra Barat yang dipimpin oleh seorang konduktor. Pemuzik bermain mengikut skor muzik serta karya muzik menggunakan sistem harmoni Barat. Orkestra ini telah dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1960-an dan alat yang digunakan terdiri daripada alat bertali yang digesek, dipetik, dipukul, genderang dan alat tiupan. Contohnya, erhu, pipa, dizi, yueh qin, ruan, liuyue qin, yang qin, suona, sheng dan gu.

abstentionberkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara.
123

Kembali ke atas