Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malaysia Timur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARAWAK

Sarawak (pend.1 648 200) ialah negeri yang

terletak di Malaysia Timur. Sarawak merupakan

negeri yang terbesar di Malaysia meliputi kawasan

seluas 124 450 kilometer persegi, memanjang

sejauh 800 kilometer sepanjang barat laut pulau

Borneo. Negeri ini terletak di utara garisan

khatulistiwa di antara garisan bujur 0 ° 50’ dan 5º

Utara, manakala garisan lintang 109 ° 36’ dan 115 °

40’ Timur.

UMUM 
MALAYSIA

Malaysia ialah negara di Asia Tenggara. Ia terdiri

daripada dua kawasan yang terletak 650 kilometer di

antara satu sama lain, dipisahkan oleh Laut China

Selatan. Kawasan ini ialah Semenanjung Malaysia

(dahulunya Malaysia Barat), dan Sabah dan Sarawak

(dahulunya Malaysia Timur). Sabah dan Sarawak

terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Manakala

utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan

Thailand. Selat Tebrau memisahkan Johor dengan

Singapura.

UMUM 
SABAH

Sabah ialah negeri yang terletak di Malaysia

Timur. Sabah terletak di timur laut Kepulauan

Borneo, bersempadan dengan negeri Sarawak di

bahagian barat daya, Negara Brunei Darussalam di

bahagian timur laut, dan wilayah Kalimantan,

Indonesia di bahagian tenggara. Sabah dikelilingi

oleh Laut Sulawesi di bahagian tenggara, Laut Sulu

di timur laut dan Laut China Selatan di barat laut.

Sabah mempunyai keluasan 711 kilometer persegi

dan meliputi satu per sepuluh daripada

keseluruhan Kepulauan Borneo. Ibu negerinya

ialah Kota Kinabalu.

UMUM 
TIMUR JAUH

Timur Jauh ialah istilah yang kadangkala

digunakan untuk merujuk pada bahagian yang

paling timur di Asia. Mengikut tradisi, istilah ini

digunakan untuk merujuk pada negara China,

Hong Kong, Jepun, Korea, Macao, Taiwan, dan

timur Siberia di Rusia. Wilayah ini, tidak termasuk

Siberia timur, kini sering disebut sebagai Asia

Timur. Makna bagi istilah Timur Jauh kadangkala

diperluas hingga merangkumi Asia Tenggara.

Negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada

Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos,

Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan

Vietnam. Istilah Timur Jauh dicipta oleh negara

Eropah. Wilayah ini terbentang jauh ke timur

Eropah.

Lihat juga rencana tentang negara-negara dan

unit politik lain yang dijelaskan dalam rencana ini.

UMUM 
KELANTAN

Kelantan (pend. 1 400 000), negeri yang terletak

di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia

bersempadan dengan negeri Perak di barat,

Pahang di selatan, Terengganu di timur, Thailand

di utara dan Laut China Selatan. Kelantan

merupakan salah sebuah penempatan tertua di

Alam Melayu.

UMUM 
TERENGGANU

Terengganu ialah negeri yang terletak di pantai

timur Semenanjung Malaysia. Negeri ini

bersempadan dengan negeri Kelantan dan Pahang.

Sempadan di bahagian timurnya ialah Laut China

Selatan, manakala sempadan di bahagian selatan

ialah negeri Pahang. Pantainya sepanjang lebih

kurang 225 kilometer menghadap Laut China

Selatan dari Besut di utara hingga ke Kemaman di

selatan. Terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu

Besut, Dungun, Kemaman, Marang, Hulu

Terengganu, Kuala Terengganu, dan Setiu.

UMUM 
JAMAAH ISLAH MALAYSIA

JAMAAH ISLAH MALAYSIA,  pertubuhan yang diasaskan oleh bekas pelajar yang bergiat aktif dalam pergerakan dakwah pelajar di seberang laut.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada 27 Julai 1990.  antara pertubuhan pelajar tersebut ialah Islamic Representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun di United Kingdom, Malaysian Islamic Study Group (MISG) atau Kumpulan Kajian Pelajar Islam Malaysia (KKPIM) di Amerika Syarikat dan Kanada, dan gerakan pelajar di Australia dan Timur Tengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PAHANG

Pahang (pend. 1 350 200), negeri yang terbesar di

Semenanjung Malaysia. Keluasannya ialah 35 965

kilometer persegi. Pahang terletak di pantai timur

semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan

Johor di sebelah selatan, Selangor dan Perak di

sebelah barat, dan Terengganu di sebelah utara.

Manakala di sebelah timurnya ialah Laut China

Selatan. Ibu negeri Pahang ialah Kuantan. Pekan ialah

bandar diraja. Sungai Pahang merupakan sungai

terpanjang di Semenanjung Malaysia.

UMUM 
KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu (pend. 272 300), ibu negeri

Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu ialah

salah sebuah bandar besar yang terletak di pantai

timur Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat

pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Dari

catatan sejarah, Kuala Terengganu telah wujud sebagai

penempatan sekitar abad ke-14.

UMUM 
ENSIKOLPEDIA BAHASA BERADAT

ENSIKOLPEDIA BAHASA BERADAT, buku tentang bahasa beradat yang lazim digunakan dalam pertuturan dan persuratan terutamanya di Pantai Timur Malaysia dan Kepulauan Melayu yang lain. Buku ini disusun oleh Asaad Shukri, seorang pakar dalam bahasa adat Melayu berasal dari Kelantan, dan diterbitkan oleh Federal Publications, Kuala Lumpur pada tahun 1960.

BAHASAPenerbitan
1234

Kembali ke atas