Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malaysia Timur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
market segmentationpemetakan pasaranPengurusanPerancanganProses mengklasifikasikan pasaran yang besar kepada kumpulan pengguna yang lebih kecil berasaskan faktor demografi (umur, jantina, bangsa), geografi (bandar, negeri, negara), psikografi (personaliti, gaya hidup, kelas sosial) serta gelagat pengguna (kekerapan penggunaan dan kesetiaan pada produk atau perkhidmatan). Tujuan pemetakan pasaran dilakukan adalah untuk membantu organisasi merencana strategi yang bersesuaian dengan kumpulan pasaran tertentu supaya berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding pesaing. Contoh pemetakan pasaran adalah dengan merencana strategi pemasaran yang berbeza berdasarkan lokasi geografi Malaysia mengikut zon utara, selatan, pantai timur dan Malaysia Timur.
heritage coastpersisiran warisanPelanconganTiadaKawasan persisiran pantai yang menjadi lambang sesuatu budaya. Contohnya, pantai timur Semenanjung Malaysia menjadi lambang budaya Melayu.
Look East PolicyDasar Pandang ke TimurSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1982. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran negara. Dasar ini dilaksanakan dengan mencontohi etika kerja, teknik dan strategi pembangunan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Rakyat Malaysia telah dihantar ke negara tersebut untuk mengikuti pelbagai program bagi mendapatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perindustrian.
tartarMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Tar berasal dari Timur Tengah dan di-bawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab. Alat muzik ini menyerupai alat muzik rebana hadrah yang juga dikenali se­bagai rebana kercing di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tar dimainkan dalam ensembel bagi mengiringi teater rodat di Terengganu. Lihat juga rebana hadrah.

winter monsoonmonsun musim sejukMeteorologiMeteorologi PerhubunganMonsun yang berasal dari benua dan bertiup pada musim sejuk. Di Malaysia, monsun ini berlaku antara Oktober hingga Mac dan lebih dikenali sebagai monsun timur laut, atau musim tengkujuh di kalangan orang tempatan. Lihat monsun.
serunaiserunaiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid. Serunai berasal dari Timur Tengah dan mempunyai kaitan dengan alat muzik surnay. Alat muzik ini dibawa ke Malaysia oleh pedagang Arab. Badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Alat muzik ini ditiup pada pangkal dengan nafas yang berterusan untuk menghasilkan melodi dalam lagu. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, serunai terdapat dalam pelbagai saiz, iaitu saiz besar yang dikenali sebagai serunai ibu, sementara serunai saiz kecil dikenali sebagai serunai anak. Di pantai barat Semenan­jung pula, serunainya agak pendek sedikit dan mempunyai bahagian loceng yang diperbuat daripada logam. Serunai menghasilkan melodi berbunga dalam lagu wayang kulit Kelantan, gendang silat, main puteri, nobat, gendang tarinai dan mekmulung.

political supportsokongan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Bantuan yang diberi dari sudut politik seperti kerjasama badan pemerintah, kelulusan permohonan dari pihak berkuasa, pemberian undi daripada orang ramai, pernyataan sokongan daripada menteri atau pihak berkuasa tempatan mahupun sokongan material kepada individu atau organisasi dalam sesuatu persaingan. Sokongan politik merupakan satu elemen penting bagi individu atau organisasi untuk berjaya. Sebagai contoh, dasar luar Malaysia yang menentang keras keganasan Israel di Timur Tengah mendapat sokongan politik daripada pelbagai pihak di Malaysia.

abstentionberkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara.
traditional directed economyekonomi terarah tradisionalEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menyelesaikan masalah pengeluaran dan pengedaran mengikut amalan tradisi, iaitu dengan menyerahkan proses pengeluaran dan pengedaran yang dilakukan oleh bapa kepada anak cucu secara warisan. Amalan ini sangat meluas di negara mundur dan di negara sedang membangun. Misalnya, di Malaysia, nelayan dan pembuat batik di Pantai Timur selalunya mewariskan pekerjaan mereka kepada anak masing-masing.
rebana hadrahrebana hadrahMuzikTiada

 1. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai yang serupa dengan rebana bersaiz sederhana dan besar. Rebana hadrah dimainkan dalam orkestra teater hadrah di pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia. Lihat juga rebana.

2. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai sempit dengan piring logam kecil yang dilekatkan pada bingkai tersebut. Rebana ini mempunyai satu muka ku­lit dan dipegang secara menegak dengan sebelah tangan pemain. Sementara sebelah tangan lagi memukul rebana tersebut. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila muka kulit dipukul. Alat muzik ini menghasilkan rentak tertentu untuk mengiringi nyanyian zikir di kawasan pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, rebana yang berbentuk bingkai lebar berserta piling logam dikenali sebagai rebana kercing atau tar. Sinonim rebana kercing.

123

Kembali ke atas