Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Maldives


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MALDIVES

Maldives ialah negara merdeka terkecil di Asia

dan juga salah sebuah negara terkecil di dunia.

Negara ini terdiri daripada lebih kurang 1000 pulau

karang kecil yang berbentuk seperti rantai

sepanjang 764 kilometer dan selebar 129 kilometer

di Lautan Hindi. Bahagian hujung utara Maldives

berada kira-kira 600 kilometer dari selatan India.

Aktiviti ekonomi utama negara ini ialah perikanan

dan pelancongan.

UMUM 
MALE

Male (pend. 46 334) ialah ibu negara dan

pelabuhan utama Maldives. Ia terletak di Pulau

Male, Lautan Hindi.

UMUM 
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, universiti antarabangsa yang pertama di Malaysia.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan pada 10 Mei 1983, setelah kerajaan Malaysia mendapat persetujuan beberapa kerajaan negeri Islam serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk menjadi penaja bersama.  Negeri-negeri itu ialah Republik Maldives, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Islam Pakistan, Republik Islam Turki, Jamahiriyah Sosialis Rakyat Libya, Kerajaan Arab Saudi dan Republik Arab Mesir.  Walau bagaimanapun, UIAM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas