Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mali


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MALI

Mali ialah negara yang besar di bahagian barat

Afrika. Gurun Sahara yang luas di Afrika meliputi

separuh negara ini di bahagian utara. Padang

rumput yang beralun meliputi kebanyakan

bahagian lain Mali.

UMUM 
EMPAYAR MALI

Empayar Mali ialah empayar orang kulit

hitam yang berkembang pesat di Afrika barat

dari sekitar tahun 1240 hingga tahun 1500.

UMUM 
SUNDIATA KIETA

Sundiata Kieta ( ? –1255), memerintah Empayar

Mali, di Afrika Barat dari kira-kira pada tahun 1240

hingga tahun 1255. Dia membantu membangunkan

Mali sebagai salah sebuah empayar terbesar dan

terkaya di rantau itu.

UMUM 
TIMBUKTU

Timbuktu (pend. 20 483) ialah bandar

perdagangan kecil di Mali Tengah. Nama rasminya

ialah Tombouctou. Dari tahun 1200 hingga tahun

1500, ia merupakan salah sebuah bandar komersial

yang terkaya di Afrika dan pusat pengajian Islam.

Timbuktu diasaskan pada kira-kira tahun 1100. Ia

terletak berhampiran hujung selatan Gurun Sahara,

lebih kurang 13 kilometer dari Sungai Niger (lihat

Mali [peta]).

UMUM 
MANSA MUSA

Mansa Musa (? –1337?) ialah pemimpin

Empayar Mali di Afrika dari tahun 1312 hingga

tahun 1337.

UMUM 
MANDINGO

Mandingo ialah nama sekumpulan penduduk

Afrika Barat. Orang Mandingo berketurunan

pengasas Empayar Mali yang suatu ketika dahulu

sangat berkuasa.

UMUM 
SUNNI ALI

Sunni Ali ( ? –1492?), memerintah Empayar

Songhai di Afrika Barat dari tahun 1464 hingga

tahun 1492. Dia mula mengambil Empayar Mali

kira-kira pada tahun 1464 dan menjadikan Songhai

sebagai negara yang paling berkuasa di barat

Sudan.

UMUM 
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM 
IBRAHIM OMARIBRAHIM OMAR (1936- ), penulis. Dia lahir pada 17 Jun 1936, di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ibrahim bin Imam Omar. Dia pernah menggunakan nama samaran Suria sewaktu menulis puisi dan Al-Mali dan Malawi apabila menulis rencana politik dan sains.SASTERATokoh

Kembali ke atas