Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mali


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ta‘zir malitakzir hartaPerniagaan IslamTiadaHukuman berbentuk harta yang bertujuan mencegah dan menghalang sesuatu kesalahan yang telah dilakukan. Bentuk hukuman ini boleh dibahagikan kepada tiga. Pertama, menahan harta pesalah dalam tempoh tertentu, kemudian harta tersebut dikembalikan setelah bertaubat dan tidak akan mengulangi kesalahan, seperti menyita kedai yang tidak membayar cukai. Kedua, melupus atau memusnahkan barang milik pesalah seperti mesin memproses dadah. Ketiga, mengenakan kompaun seperti denda kepada peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada produk jualan.
land locked statenegara tanpa lautSains PolitikHubungan AntarabangsaNegara yang tidak mempunyai pantai atau pinggir laut. Antara negara yang bersifat demikian ialah Afghanistan, Austria, Bhutan, Bolivia, Botswana, Chad, Czechoslovakia, Hungary, Laos, Luxembourg, Nepal, Mali, Switzerland, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Semasa Konvensyen Undang-Undang Laut (1982), usaha telah dilakukan untuk memberikan beberapa hak maritim kepada negara tanpa pantai termasuklah yang berkaitan dengan sumber dasar laut. Hak maritim ini termaktub dalam doktrin warisan sejagat. Negara tanpa pantai biasanya mudah terdedah dengan teknik perang ekonomi yang dilancarkan oleh negara jiran yang mempunyai pantai disebabkan kedudukan geografinya. Keadaan ini disebabkan negara jiran berupaya mengawal atau menyekat sebarang barangan atau perkhidmatan yang melalui pelabuhannya daripada sampai ke negara tanpa pantai tersebut.
malhartaPerniagaan IslamTiadaProduk barangan, faedah dan perkhidmatan atau hak dan pemilikan yang mempunyai nilai. Harta merupakan kepentingan manusia, boleh dimiliki, serta diuruskan secara bebas. Dalam mazhab Hanafi, mal ialah suatu yang disukai atau diingini oleh manusia dan boleh disimpan untuk keperluan. Terdapat pelbagai jenis harta seperti mal mutaqawwam, mal ghayr mutaqawwam, mal mithli, mal qimi, mal ‘aqar, mal manqul, mal isti‘mali, mal istihlaki, mal ‘ain dan mal dayn.
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.

Kembali ke atas