Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mauritania


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUKHTAR OULD DADDAH

Mukhtar Ould Daddah (1344 H.– /1925 M.– )

ialah Presiden Mauritania yang pertama. Dia lahir di

selatan Mauritania. Dia menamatkan pelajarannya di

peringkat menengah di Mauritania dan

menyambung pelajaran ke sekolah terjemahan di

sana. Kemudian dia bergiat dalam bidang

penterjemahan selama enam tahun. Dia adalah

lulusan Fakulti Bahasa Timur dan Fakulti Undang-

undang di Paris. Dia mempunyai personaliti

sebagai tokoh politik kebangsaan ketika

memegang jawatan sebagai peguam dan

bergabung dengan parti Persatuan Rakyat

Mauritania Maju.

UMUM 
NOUAKCHOTT

Nouakchott (pend. 350 000) ialah ibu negara dan

bandar yang terbesar di republik Mauritania, Afrika

Barat. Ia terletak di barat Mauritania, di sepanjang

Lautan Atlantik. Bagi lokasi, lihat Mauritania (peta).

UMUM 
MAURITANIA

Mauritania ialah negara yang terletak di barat

Afrika. Negara ini terbentang dari pantai Atlantik ke

Gurun Sahara.

UMUM 
SAHARA BARAT

Sahara Barat ialah sebuah kawasan di pesisir

barat laut benua Afrika yang terletak di antara

Maghribi, Algeria, Mauritania dengan Lautan Atlantik.

Sahara Barat pernah dikenali sebagai Gurun

Sepanyol. Kawasan ini adalah di bawah jajahan

Sepanyol pada awal tahun 1500-an dan sekali lagi

dari tahun 1860 hingga 1976. Sahara Barat

memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol. Sejak

itu, peperangan terus berlaku antara puak

pembebasan tempatan gurun yang dikenali sebagai

Polisario Front yang menganggap gurun tersebut

negara berasingan dan mereka menolak untuk

bersatu dengan Maghribi kerana menganggap gurun

tersebut adalah sebahagian daripada negara mereka.

UMUM 
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM 
ORANG MOOR MAGHRIBI

Orang Moor Maghribi ialah nama yang

diberikan oleh orang Rom dalam sejarah klasik

terhadap penduduk yang mendiami kawasan

pantai Afrika Utara. Mereka juga menggunakan

istilah Mauritania bagi menyebut nama kawasan

tempat bermastautinnya kaum Moor. Kaum Moor

adalah salah satu kaum yang berasal dari satu

komuniti yang terbesar, iaitu kaum Barbar. Lihat

Barbar.

UMUM 

Kembali ke atas